Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PC desktop

Harga Bakal Naik, ‘Desktop’ Dan GPU Terkesan Dengan Cukai Aluminium Trump

Diterbitkan April 2, 2025 ยท Dikemas kini April 2, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda menginginkan ‘casing’ PC baharu, bersedialah untuk harga yang lebih mahal.

Industri PC sudah terkesan dengan tarif Trump ke atas import dari China, dan kini kos itu dijangka akan meningkat lagi akibat tarif tambahan ke atas barangan berasaskan aluminium yang turut memberi kesan ke atas casing PC dan kad grafik.

Kelt Reeves, CEO Falcon Northwest, menyatakan syarikatnya terkejut kerana selain tarif 20% ke atas import China, mereka juga dikenakan tarif 25% ke atas import aluminium sejak 12 Mac lepas.

Mereka menyangka tarif ini hanya terpakai untuk bahan mentah, bukan produk siap seperti casing PC.

US aluminium imports: top 10 countries
Infografik menunjukkan 10 negara teratas yang mengeksport aluminium ke Amerika Syarikat pada tahun 2024, menurut Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa AS (Foto oleh Jonathan WALTER dan Christophe THALABOT / AFP).

 

Seperti dalam infografik yang dipaparkan di atas, Kanada merupakan negara teratas yang mengeksport aluminium ke Amerika Syarikat pada tahun 2024 lalu.

Namun, ekoran daripada tarif yang dikenakan Trump, syarikat pengeluar keluli di negara itu kini berusaha mencari pelanggan baharu di Eropah.

Salah satu syarikat terbesar yang mengeksport 80% produk ke AS, Kubes Steel di Ontario, berkata, ketidaktentuan pasaran menyebabkan projek besar ditangguhkan.

Syarikat itu mengeksport pelbagi jenis keluli termasuklah keluli khas untuk sektor nuklear yang kini bimbang dengan tarif 25% yang dikenakan oleh Presiden Trump.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Bill Gates Ramal AI Bakal Gantikan Ramai Doktor Dan Guru
  • Wanita Muda Di China Ketagihan Aplikasi Cinta Maya, Boleh Jalin Hubungan 5 Watak Sekali Gus

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY