Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Vision Pro

Harga Apple Vision Pro Di Singapura Bermula S$5,299, Terhad 2 Unit Setiap Pembeli

Diterbitkan Jun 12, 2024 oleh Amsyar Latif

Semasa acara WWDC semalam, Apple memperkenalkan VisionOS 2 dan pada masa sama, lebih banyak negara kini tersedia dengan peranti Apple Vision Pro.

Negara jiran kita, Singapura antara negara terawal yang menerima produk terbaru Apple itu yang mana bakal tersedia kepada umum bermula 28 Jun 2024.

Sementara, prapesan boleh dibuat bermula 14 Jun 2024 jam 9 pagi di mana harga permulaan untuk Apple Vision Pro ialah S$5,299 (~RM18,472). Imbas kembali, harga di Amerika Syarikat ialah US$3,499 (~RM16,498).

Apple Vision Pro

Selain itu, pembelian terhad dua unit sahaja untuk setiap pembeli. Berkemungkinan ini adalah untuk mengekang kegiatan ‘scalper’ seperti mana yang berlaku sebelum ini.

Berbalik kepada Apple Vision Pro di Singapura, harga tersebut adalah untuk varian asas dengan storan 256GB. Ini tidak termasuk lensa ZEISS (bagi yang memerlukan) dan juga pelan perlindungan AppleCare+.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY