Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple vision pro visionos - 1

‘Scalper’ Ambil Kesempatan, Jual Apple Vision Pro Lebih RM50 Ribu

Diterbitkan Januari 24, 2024 ยท Dikemas kini Januari 24, 2024 oleh ariff bukhari

Produk terbaru Apple, Vision Pro sudah pun mula menerima pra pesanan di pasaran A.S. Ia akan mula berada di pasaran secara rasmi pula adalah bermula 2 Februari depan.

Walau bagaimanapun, laporan mendakwa peranti itu berdepan isu pengeluaran kerana rekaan set kepala Apple itu yang terlalu rumit dan canggih.

Financial Times melaporkan Apple telah menurunkan penghasilan Vision Pro kepada 400,000 unit sahaja berbanding 1 juta unit sebelum ini.

Oleh kerana itu, scalper yang berjaya memilikinya lebih awal menerusi pra pesanan mula bertindak mengambil kesempatan dengan menyenaraikan Apple Vision Pro di laman eBay pada harga yang berlipat kali ganda.

Harga rasmi Apple Vision Pro adalah dari USD3,499 (~RM16,500). Tapi, scalper menawarkan peranti itu di stor eBay antara harga dari RM21,000 hingga RM56,000.

Vision Pro

Apple Vision Pro dijangka akan ditawar untuk pasaran global dalam tahun ini juga secara berperingkat.

Apple menyatakan, Vision Pro sebagai komputer spatial yang menampilkan sistem pengendalian spatial pertama di dunia, visionOS yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan kandungan digital dalam cara yang dirasakan seperti wujud secara fizikal di ruang mereka.

Vision Pro mencipta kanvas tanpa had untuk aplikasi melangkaui sempadan paparan tradisional dan memperkenalkan antara muka pengguna tiga dimensi sepenuhnya.

https://www.youtube.com/watch?v=Vb0dG-2huJE

Berkaitan

  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • Kerana Terlalu Canggih, Penghasilan Apple Vision Pro Terjejas
  • Apple Vision Pro Akan Tersedia Di Amerika Syarikat Bermula Awal Februari

Sumber: eBay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY