Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke_JPJ Dec 2024

Pemilik Perlu Peka Pengumuman Panggilan Semula Kenderaan Untuk Pemeriksaan – Loke

Diterbitkan Disember 4, 2024 · Dikemas kini Disember 4, 2024 oleh Amalina Athman

Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata walaupun bukan satu kesalahan sekiranya tidak mematuhi pengumuman itu, namun pemilik perlu menanggung risiko keselamatan sekiranya kenderaan mereka mempunyai unsur membahayakan.

Beliau berkata pengumuman pemanggilan semula untuk pemeriksaan itu sebelum ini kebiasaannya dibuat oleh syarikat pengeluar kenderaan, tetapi kerajaan kini menetapkan syarat supaya pengumuman terbabit dilakukan oleh JPJ.

Kalau tidak menyahut panggilan JPJ (untuk pemeriksaan semula), ia risiko sendiri, bukan kesalahan…namun mereka akan tanggung risiko keselamatan, perkara itu kita tidak mahu berlaku, sebab itu pengumuman daripada JPJ kerana pemilik akan lebih serius untuk mematuhinya. Kalau syarikat pengeluar yang panggil, pemilik kenderaan tidak akan mengendahkannya kerana bukan daripada pihak berkuasa.

Terdahulu, JPJ memanggil semula pelbagai jenis kenderaan untuk menjalani pemeriksaan berikutan pelbagai isu teknikal yang berlaku termasuk berkaitan permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan sistem brek antikunci (ABS), traction control dan meter had laju tidak tepat.

Berkaitan

  • JPJ Umum Pemanggilan Semula Beberapa Model Kenderaan
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • 3,722 Model Perodua Alza, Aruz Dan Honda CB350RS Dipanggil Semula - JPJ
  • JPJ Mungkin Kenakan Bayaran Untuk Cetakan Fizikal Lesen Memandu

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY