Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
setel duitnow qr

Transaksi Melalui Kod QR Rakan Setara Sahaja Akan Dikenakan Caj RM0.50 – PayNet

Diterbitkan September 29, 2023 · Dikemas kini Oktober 2, 2023 oleh ariff bukhari

PayNet menjawab kekliruan berkenaan laporan media sebelum ini yang melaporkan caj perkhidmatan akan dikenakan apabila pengguna mengimbas kod QR untuk pembayaran bermula 1 November 2023 nanti.

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menjelaskan, terdapat beberapa kekeliruan yang perlu dijelaskan. Mereka berkata, laporan media telah menerangkan secara tidak tepat yang menggabungkan 2 jenis e-pembayaran yang berbeza sebagai satu dan sama.

PayNet menjawab kebimbangan berkenaan kesan e-pembayaran yang dibuat oleh pelanggan kepada mana-mana peniaga.

“Seorang peniaga akan menerima bayaran yang dibuat oleh pelanggan mereka selepas ditolak MDR (kadar diskaun pedagang). Pada masa ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian MDR pada pembayaran QR. Mulai 1 Okt, penepian MDR untuk pembayaran DuitNow QR ini akan ditarik balik”

“Sebaliknya, yuran RM0.50 untuk transaksi melebihi RM5,000 yang dinyatakan dalam laporan itu adalah untuk pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi yang lain, bukan bayaran kepada peniaga. Ini sama sekali tidak berkaitan dengan QR pertama yang disebut bayaran kepada peniaga dan dalam apa jua keadaan tidak akan kedua-dua bayaran dikenakan untuk transaksi yang sama.”

Oleh itu jelas dan disimpulkan bahawa, caj RM0.50 sen itu adalah untuk pemindahan dana menggunakan DuitNow QR peribadi yang bernilai lebih daripada RM5,000 sahaja. Caj tidak dikenakan ke atas QR untuk bayaran kepada peniaga.

PayNet juga menjawab kebimbangan MDR akan diserahkan kepada pengguna.

“PayNet ingin menjelaskan, pembelian menggunakan kad kredit dan debit sudah pun tertakluk kepada MDR. Produk dan perkhidmatan yang dibeli dengan kad kredit atau debit adalah masih pada harga yang sama dengan pembelian tunai. Oleh, kami tidak menjangka harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas oleh pembelian menggunakan DuitNow QR selepas MDR dikenakan.”

Berkaitan

  • Malaysia Dan Indonesia Umum Sokongan Pembayaran Kod QR Rentas Dua Negara
  • Eksklusif: Wise Kongsi Jawapan Tentang DuitNow QR Dan Apple Pay
  • Redbus Caj RM1 Untuk Kod QR 'Boarding Pass' Di TBS, Tak Perlu Lagi Beratur Panjang

Sumber: PayNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY