Eksklusif: Wise Kongsi Jawapan Tentang DuitNow QR Dan Apple Pay

Wise terkenal sebagai platform yang membenarkan penghantaran wang antara negara, simpanan dalam mata wang asing dan kad prabayar sendiri.

Rekaan kad yang sedikit unik bersama warna yang menangkap pandangan dan aplikasi yang pantas menjadi antara menjadi kesukaan penggunanya.

wise kad dan aplikasi

Selain itu, pengguna juga selalu berkongsi yang kadar tukarannya adalah terendah berbanding pesaing lain seperti BigPay, MAE dan pengurup wang berlesen.

Hanya dibezakan satu huruf, kami di Wiser berkesempatan untuk mengajukan beberapa soalan pada individu penting di Wise iaitu Lim Paik Wan selaku Pengurus Negara, Malaysia pada awal April lalu.

lim paik wan wise Kapsyen: Lim Paik Wan, Pengurus Wise Malaysia. Sumber: Fintech News Malaysia


1. Wise baru saja hadir dengan rekaan baharu yang bukan saja pada kad fizikal tapi keseluruhan jenama. Secara peribadi, saya memang sukakan rekaan sebelum ini tetapi rekaan baharu ini menampilkan identiti yang lebih jelas. Apa yang Wise boleh kongsi dengan imej baharu ini dan apa yang mendorongnya?

Dengan pertumbuhan Wise yang kukuh, ada keperluan untuk imej baharu. Kami mahu tonjolkan Wise dengan tepat sebagai perniagaan dan apa tawaran kami: kami bukan lagi syarikat fintech semata-mata - kami Wise.

Penampilan baharu ini mencerminkan evolusi daripada alternatif pemindahan wang pengguna kepada rangkaian global yang kini digunakan oleh 16 juta orang, perniagaan dan bank.

Kapsyen: Kad Wise baharu


Hari ini, Wise Platform tersedia dengan 60 rakan kongsi seluruh dunia.

Kami telah mula 2 tahun lalu apabila bertukar nama pada Wise dan mulai 1 Mac 2023, kami teruja untuk perkenalkan pada Wise yang baharu.

Ia mencerminkan keseluruhan produk dan mempamerkan kepelbagaian orang, tempat, huruf dan simbol dan pengkalan pelanggan kami yang luas - dari mana asal mereka dan ke mana mereka tuju.

kad wise aplikasi malaysia

2. Dengan banyaknya institusi kewangan di Malaysia sekarang sama ada bank atau penyedia e-dompet, apa yang buatkan Wise berbeza?

Semakin banyak rakyat Malaysia yang hidup rentas negara, ada permintaan yang lebih tinggi untuk pembayaran antara sempadan. Banyak institusi kewangan hanya memenuhi keperluan domestik tapi Wise mahu selesaikan isu berkaitan pembayaran antara sempadan.

guna wise di malaysia

Terlalu banyak isu tak terselesai yang menyebabkan ketidaklancaran, Wise tawar pemindahan duit antarabangsa yang mudah, cepat dan berkos rendah.

Solusi kami membolehkan pelanggan untuk hantar, belanja, terima, tukar dan simpan duit dalam lebih 50+ mata wang tanpa yuran tersembunyi - semuanya dengan kadar tukaran masa-nyata.

mae bigpay visa tng visa

3. Sejak 2022, ada beberapa bank tempatan dan antarabangsa yang sediakan ciri yang sama seperti Wise iaitu simpanan/transaksi dalam mata wang asing. Misalnya, MAE, TNG Visa dan Hong Leong Bank. Apa kata Wise?

Kemunculan institusi kewangan lain yang menawarkan transaksi mata wang pelbagai menunjukkan perkembangan industri positif secara keseluruhan. Ia mencerminkan peningkatan permintaan untuk pembayaran rentas sempadan danĀ keperluan untuk lebih cekap, berpatutan, dan penyelesaian yang mesra pengguna.



Di Wise, misi kami ialah menjadikan wang bebas sempadan, ia mendorong kami untuk mencipta akaun mata wang antarabangsa pertama di dunia yang membolehkan pengguna untuk hantar, belanja, terima dan urus wang dengan telus dan cekap dari segi kos tak kira di mana dan ke mana.



4. DuitNow antara ciri paling disukai rakyat Malaysia sekarang. Wise sudah menyokong DuitNow Transfer dan TNG eWallet. Apakah pengguna Wise kelak boleh mengimbas DuitNow QR ketika membayar di kedai? Bagaimana pula dengan Apple Pay memandangkan Wise di Singapura sudah menyokongnya?

Walaupun saya tak boleh dedahkan secara terperinci rancangan kami untuk masa akand datang, tapi kami sentiasa mendengar suara pelanggan dan matlamat kami adalah untuk menjadikan Wise mudah, berkos rendah dan pantas.

Kami akan kongsikan apa-apa perkembangan dan integrasi nanti.

guna wise di malaysia

 

5. Wise bukanlah terlalu baru di Malaysia tapi saya fikir kita boleh setuju yang Wise belum popular seperti jenama kewangan lain di sini. Untuk perkhidmatan pelanggan Wise, apa yang anda boleh kongsikan?

Wise tekad menyediakan perkhidmatan cemerlang untuk pengguna di Malaysia dan seluruh dunia. Pelanggan boleh mendapatkan sokongan perkhidmatan melalui pelbagai saluran termasuk e-mel, live chat dan panggilan dalam pelbagai bahasa.

kad wise aplikasi malaysia

Selain itu, Wise juga menyediakan banyak bahan online seperti FAQ, panduan dan artikel untuk bantu pengguna memanfaatkan platform kami sepenuhnya.

Kami juga ada siri di YouTube untuk bantu pengguna menggunakan perkhidmatan disediakan Wise.

6. Bila saya kongsikan Wise dengan kawan-kawan, masih ramai pengguna di Malaysia tidak sedar akan jenama Wise. Apa tiga perkataan untuk ringkaskan Wise?

Kos rendah, telus dan pantas -- seperti menghantar e-mel. Wise adalah untuk mereka yang hidup merentas sempadan.

{suggest}