Dengan hari PRN 2023 di 6 negeri menjelang Sabtu ini, pastinya ramai sudah membeli tiket bas. Kalau di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), anda harus beli melalui platform TBS sendiri untuk dapat kod QR pas pelepasan (boarding pass) terus usai bayaran.
Bought online tickets? Redeem your boarding pass early at ? Bus Boarding Pass Counter (green lighting)
Beli tiket online? Tukarkan ke pas masuk bas di kaunter ? Pas Masuk Bas (lampu hijau) #TBS #fyp #terminal #foryourpage #viral #easybook #busonlineticket #redbus pic.twitter.com/wZFrBPcWO9
— Terminal Bersepadu Selatan (TBS) (@OfficialTBSBTS) March 16, 2023
Jika tiket dibeli melalui pihak ketiga seperti Easybook, Redbus dan lain-lain, anda harus dapatkan dulu pas pelepasan secara fizikal di kaunter TBS (percuma) sebelum turun ke pintu pelepasan.
Bro.. what's the point beli tiket bas online kalau kena isi boarding pass lagi?
Aku terlepas bas sebab beratur ramai ramai nak amik boarding pass. Takleh ke buat boarding pass terus masa kita beli tiket tu online???♂️
Sistem teruk gila. pic.twitter.com/ZBKPgIevrr
— Uzair Fadzli (@uzairfadzli_my) May 1, 2023
Ramai yang tertinggal bas kerana barisannya yang sangat panjang ketika musim perayaan/pilihan raya sehingga pernah tular ketika raya tahun lalu.
Tapi sekarang, Redbus, Easybook dan BusOnlineTicket juga menyediakan kod QR pas pelepasan tersebut tanpa perlu anda tukar di kaunter TBS. Anda akan dicas ekstra sebanyak RM1 untuk ini.
https://www.instagram.com/p/CveSiVdIxdT/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Ini bermakna, semasa beli tiket melalui aplikasi/laman web Redbus/Easybook/BusOnlineTicket, anda boleh pilih untuk terus dapatkan pas pelepasan dengan caj RM1. Kod QR itu akan dihantar melalui e-mel.
To choose GoPass QR code boarding pass:
1) Check under 'Passenger Details / Additional Services'
2) Scroll down to 'Boarding Pass / Boarding QR / Skip the Queue'
3) ✅️ Tick or Choose the option#SOP #fyp #foryourpage #foryou #redbus #easybook #onlinetickets #TBS pic.twitter.com/jBLN9GgkiF
— Terminal Bersepadu Selatan (TBS) (@OfficialTBSBTS) July 12, 2023
Bila tiba di TBS kelak, terus saja imbas kod QR tersebut untuk turun ke pintu pelepasan, tak perlu lagi tukar di kaunter.
https://www.facebook.com/photo?fbid=624183553136132&set=pcb.624183983136089
Jika tidak mahu, seperti biasa, anda harus datang awal ke TBS untuk dapatkannya di kaunter secara percuma.
Seingat saya, pada April lalu, pembelian tiket melalui Redbus memang diberikan kod QR untuk pas pelepasan melalui Gopass tetapi secara percuma.
Beli tiket online daripada platform redBus, Bus Online Ticket atau Go Hub?
Cek dulu kalau ade kod QR Go Pass.
Kalau ade, hanya scan kod QR dan turun ke balai perlepasan. pic.twitter.com/qrCuXZTQs9
— Terminal Bersepadu Selatan (TBS) (@OfficialTBSBTS) April 25, 2023
Mungkin itu hanya percubaan dan kini mereka mula mengenakan caj kerana kos operasi.
Bagi Redbus, kemudahan ini hanya terhad di TBS buat masa sekarang. Jadi, untuk terminal bas lain, anda masih lagi perlu tukar di kaunter.
Menurut pengguna, terminal di Larkin dan Amanjaya mengenakan cas sehingga RM2 untuk penukaran tiket fizikal, di Kuantan sebanyak RM1.70 manakala di Sungai Petani pula RM1.
{suggest}
Diharapkan pihak berwajib dapat mengambil tindakan kerana pengguna sudah membayar tiket bas tetapi dicas berganda pula hanya untuk sekeping tiket yang sepatutnya sudah termasuk dalam harga asal.
Sumber: Redbus