Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
duitnow qris malaysia indo

Malaysia Dan Indonesia Umum Sokongan Pembayaran Kod QR Rentas Dua Negara

Diterbitkan Mei 8, 2023 · Dikemas kini Mei 8, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Hari ini, Bank Indonesia (BI) dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Indonesia dengan Malaysia.

Maksudnya, pengguna Malaysia boleh membayar dengan kod QRIS dan pengguna Indonesia pula boleh mengimbas kod QR DuitNow.

duitnow qris malaysia indo

Kalau di Malaysia kita menggunakan DuitNow QR, di Indonesia pula mereka menggunakan QRIS (Quick Response Code Indonesian Standard).

Ciri pembayaran rentas negara ini bukan saja memudahkan pelancong kedua-dua negara lantas membantu memulihkan ekonomi pascapandemik.

qris contoh

BI dan BNM mengalu-alukan penyertaan daripada lebih banyak institusi kewangan untuk memperkembang ekosistem pembayaran rentas sempadan.

Maka, setakat hari ini pembayaran melalui kod QR rentas negara yang melibatkan Malaysia ialah Thailand (PromptPay),  Singapura (NETS) dan Indonesia (QRIS).

Berkaitan

  • Sering Kongsi Kod QR Akaun Bank? Ini Sebab Ia Boleh Bahayakan Anda
  • Keluar Duit ATM Dengan Imbas Kod QR Di MAE, Ini Cara Aktifkannya
  • Malaysia Antara Lima Negara ASEAN Akan Sepadukan Pembayaran Kod QR
  • BNM: Kaji Dengan Teliti Terma Dan Syarat Sebelum Mohon SLoan
  • Masih Ramai Tidak Selesa Imbas Kod QR Untuk Pesan Makanan Di Kedai - Tinjauan
  • Tampal Kod QR Sendiri Atas Kod QR Masjid, Pencuri 'Transfer' Semula ~RM3,850
  • HLB Connect Sokong Kod QR Peniaga Di Thailand Dan Singapura

Untuk Indonesia, web QRIS juga mengumumkan Presiden Jokowi melancarkan jalinan pembayaran kod QR rentas negara.

qris jokowi salah jalur gemilang duitnow

Namun, sebagai rakyat Malaysia, saya kecewa kerana Jalur Gemilang dipaparkan dalam poster tersebut tidak tepat dari segi jumlah dan susunan jalur merah dan putih yang sangat ketara.

jalur gemilang

Itu belum lagi kita kira jumlah bucu bintang. Diharapkan pereka poster lebih cakna dan mengubahnya dalam masa terdekat memandangkan tidak sukar untuk dapatkan imej bendera mana-mana negara di internet.

Sumber: BNM, DuitNow

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY