Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S24 skrin

Syarikat China Kuasai Pasaran Panel Telefon Pintar Global

Diterbitkan Mac 10, 2025 ยท Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan terkini oleh TrendForce, penghantaran panel skrin telefon pintar global pada 2024 meningkat 11.4% kepada 2.157 bilion unit, didorong oleh permintaan tinggi terhadap telefon baharu serta peranti terpakai dan diperbaharui.

Namun, jumlah ini dijangka menurun 3.2% kepada 2.093 bilion unit pada 2025 ini apabila permintaan mula stabil.

TrendForce dalam laporannya mendapati, BOE Technology Group Co., Ltd. (BOE) kekal menerajui pasaran panel telefon pintar selepas mencatatkan sebanyak 613 juta unit pada 2024 dengan dijangka meningkat sedikit kepada 630 juta unit pada 2025.

BOE merupakan pengeluar panel skrin AMOLED dan LCD telefon pintar terbesar di dunia yang menghasilkan skrin bersaiz dari 3.8 inci sehingga 8 inci.

Antara model telefon pintar terkini yang menggunakan panel dari BOE adalah Nubia Z70 Ultra, REDMAGIC 10 Pro, Red Magic X Golden Saga Limited Edition dan telefon pintar boleh lipat Nubia Flip2.

RED MAGIC 10 Pro
REDMAGIC 10 Pro menggunakan panel dari BOE.

Samsung Display (SDC) di tempat kedua dengan 378 juta unit pada 2024, tetapi TrendForce menjangka ia akan susut kepada 365 juta unit pada tahun ini ekoran Apple mempelbagaikan pembekal panel untuk produk mereka.

HKC corporation Ltd (HKC) pula berada di tempat ketiga dengan 228 juta unit pada 2024, dan dijangka meningkat sedikit pada 2025.

TCL China Star Optoelectronics Technology (TCL CSOT) mencatatkan lonjakan besar sebanyak 83.2% kepada 215 juta unit pada 2024, dengan pertumbuhan dijangka berterusan pada 2025.

Sementara TIANMA Microelectronics Co., Ltd. (Tianma), walaupun menghadapi penurunan dalam permintaan LTPS LCD, TrendForce menjangkakan syarikat itu akan menyaksikan peningkatan sebanyak 10% pada 2025, disokong oleh pertumbuhan skrin AMOLED.

pasaran telefon pintar
Pengeluar panel dari China terus mendominasi pasaran global dengan bahagian pasaran hampir 70%, sementara pengeluar dari Taiwan dan Jepun mengalami penyusutan. Pengeluar dari Korea Selatan pula kekal dominan dalam segmen premium dengan teknologi AMOLED fleksibel mereka.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Telefon Pintar 10 Tahun Lagi: Terus Berevolusi Atau "Pupus"?
  • Kilang-Kilang Di China Kini Beroperasi Dalam Gelap 24 Jam

Sumber: TrendForce

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY