Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-11-29T145759.615

Halaman Google Drive PC Akan Berubah Dan Lebih Mudah

Diterbitkan November 30, 2023 oleh Muhd Idham

Menurut siaran media daripada Jay Peters, editor berita dari Verge, Google akan memperbaharui halaman Google Drive mereka untuk platform dekstop. Hal ini telah disahkan oleh Google sendiri dalam laman blog Google Workspace Updates.

Antara pembaharuan yang akan dilakukan adalah butang bahagian untuk paparan senarai fail dan folder. Tambahan pula, bersebelahan dengan nama setiap fail atau folder itu akan disenaraikan pelbagai pemberitahuan seperti waktu fail atau folder yang telah anda buka, kongsi ataupun edit serta ketetapan sesuatu dokumen itu pada tarikh dalam Google Calendar.

Selain itu, turut disediakan pilihan yang sama dengan model halaman Drive yang lama seperti “Type“, “People“, “Modified” dan “Location” bersebelahan dengan pilihan fail dan folder.

old gd
Halaman lama
Halaman Google Drive PC Akan Berubah Dan Lebih Mudah
Halaman baru

Untuk pengetahuan anda, pembaharuan ini hanya tersedia untuk pelanggan Google Workspace dan pengguna yang menggunakan akaun Google persendirian sahaja.

Ketersediannya pula adalah pada 28 November 2023 untuk pengguna yang tergolong dalam Rapid Release (pengguna beta) dan 11 Januari 2024 bagi golongan Scheduled Release (umum).

{suggest}

Sumber: Google Workspace Updates

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY