Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-11-28T170448.983

Google Chrome Dan Calendar Tak Boleh Diguna Untuk Android Versi Lama

Diterbitkan November 29, 2023 ยท Dikemas kini November 29, 2023 oleh Muhd Idham

Seperti yang kita tahu, aplikasi Google Calendar merupakan salah satu aplikasi utama yang perlu ada dalam setiap telefon Android. Namun kini, situasi akan berubah apabila anda termasuk dalam kalangan pengguna telefon pintar yang masih menggunakan Android 7.1 atau Android Nougat.

Hal ini kerana Google dijangka akan mula menamatkan sokongan untuk peranti Android 7.1 bagi Google Calendar versi 2023.46.0-581792699. Isu ini telah diperlihatkan dalam satu siaran media X oleh AssembleDebug yang mendapat info daripada TheSpAndroid.

Google Calendar app will no longer work on devices running Android 7.1 and below

Details – https://t.co/dsbUtSYxNg#Google #Android pic.twitter.com/x3IzVAmy4L

— AssembleDebug (Shiv) (@AssembleDebug) November 24, 2023

Berdasarkan gambar dalam siaran media X di atas, paparan pemberitahuan ini akan muncul apabila pengguna telefon pintar dengan sokongan Android 7.1 dan ke bawah cuba membuka aplikasi Google Calendar.

Sehubungan dengan itu, Google menegaskan supaya pengguna mula menggunakan telefon pintar dengan sokongan minimum daripada Android 8.0 Oreo.

Hal ini kerana mereka bimbang terhadap keselamatan data sulit para pengguna yang kini mudah untuk dicerobohi akibat sistem yang terlalu lama daripada versi yang baharu.

Dalam pada itu, Google juga dilaporkan akan turut menamatkan sokongan Android Nougat terhadap Chrome 119.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • 'Extension' Microsoft 365 Tamat Januari 2024, Ini Cara Buang Dari Pelayar
  • Selepas Letak Jawatan, Kebanyakkan Pekerja Apple Pergi Ke Google - Kajian
  • REDtone Kini Penjual Semula Sah Starlink Di Malaysia

Sumber: News 18

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY