Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Windows 11 Terbaru Terima Teknologi AI, Copilot

Aplikasi ‘Paint’ Akhirnya Terima 2 Ciri Baru Yang Paling Ditunggu

Diterbitkan November 29, 2023 oleh ariff bukhari

Menerusi naik taraf sistem operasi Windows 11 versi 23H2, Microsoft turut menawarkan naik taraf utama kepada aplikasi-aplikasi lain yang didatangkan bersamanya.

Antara aplikasi yang menerima naik taraf terbesar sudah tentulah aplikasi Paint selepas Microsoft hanya melakukan perubahan rekaan antaramuka sahaja.

Tetapi kini ia bukan sekadar naik taraf antaramuka sahaja tetapi Paint turut menerima naik taraf ciri moden yang baharu.

Salah satu ciri baru menarik yang paling ditunggu pengguna Paint adalah ciri lapisan (layer) di mana Paint kini dilengkapi dengan ciri tersebut.

“Anda kini boleh menambah, mengalih keluar dan menguruskan lapisan pada kanvas untuk mencipta seni digital yang lebih kaya dan lebih kompleks. Dengan lapisan, anda boleh menyusun bentuk, teks dan unsur imej lain di atas satu sama lain.” Microsoft.

Aplikasi ‘Paint’ Akhirnya Terima 2 Ciri Baru Yang Paling Ditunggu

Satu lagi ciri baru yang boleh anda lakukan dengan Paint adalah ciri membuang imej latar.

Dengan ciri membuang imej latar belakang, anda kini boleh mengalih keluar latar mana-mana imej secara automatik dalam satu klik sahaja.

Aplikasi ‘Paint’ Akhirnya Terima 2 Ciri Baru Yang Paling Ditunggu

Ciri baharu ini sudah diterima oleh pengguna Windows 11 versi 23H2.

Jadi jika anda masih belum mencubanya, bolehlah cubanya sendiri sekarang dengan menaik taraf sistem komputer Windows 11 anda kepada versi terbaru.

Berkaitan

  • REDtone Kini Penjual Semula Sah Starlink Di Malaysia
  • Pengguna Kini Boleh Akses Apple Music Replay 2023
  • Selepas Dibuang, Ciri Popular Versi WhatsApp Web Dan Desktop Ini Kembali

Sumber: Windows Insider Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY