Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GXBank apps

GXBank Tamatkan Sokongan Aplikasi Untuk Android 11

Diterbitkan Oktober 21, 2024 · Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh Amalina Athman

GXBank baru-baru ini mengumumkan penamatkan sokongan aplikasi untuk peranti yang menjalankan Android 11, bermula 16 Oktober 2024.

Menerusi halaman FAQ, GXBank memaklumkan perubahan itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan maklumat peribadi dan kewangan pengguna. Tambahan pula, Google tidak lagi menyediakan kemas kini keselamatan utama untuk sistem operasi tersebut.

GXBank Tamatkan Sokongan Aplikasi Untuk Android 11

Dengan kemas kini terbaru, aplikasi GXBank kini memerlukan peranti yang menjalankan sekurang-kurangnya Android 12 atau iOS 15.

Sekiranya masih menggunakan peranti dengan Android 11 selepas tarikh tersebut, bank digital itu berkata pengguna mungkin kehilangan akses kepada ciri atau perkhidmatan tertentu.

Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk mengemas kini peranti ke sistem operasi terkini (jika tersedia), atau mempertimbangkan peranti yang serasi untuk memastikan akses berterusan kepada aplikasi GXBank.

Berkaitan

  • Ini Perbezaan Bank Digital Dan Bank Konvensional
  • GXBank Kini Telah Dibuka Secara Rasmi Untuk Rakyat Malaysia
  • GXBank Turunkan Kadar Faedah Harian Bermula 1 Oktober 2024
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: GXBank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY