Guru Tidak Dibenarkan Lagi Membawa Atau Menggunakan Telefon Pintar Ketika Didalam Kelas

Minggu lalu negara telah digemparkan dengan kes bunuh diri seorang pelajar berusia 14 tahun, M. Vasanthapiriya , yang mana beliau mengalami tekanan kerana dituduh mencuri telefon pintar milik salah seorang guru disekolah.

Lanjutan daripada itu, Timbalan Menteri Pelajaran  Datuk P Kamalanathan telah mengeluarkan larangan penggunaan, serta guru juga tidak boleh membawa peranti mudah alih itu ketika berada didalam kelas.

" Guru boleh membawa telefon pintar ke sekolah tetapi dilarang daripada membawanya ke dalam bilik darjah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung." ujar beliau.

M. Vasanthapiriya menemui ajal selepas bertarung nyawa selama seminggu apabila ditemui cuba membunuh diri dengan menggantung diri di dalam bilik.

Baca juga - Kamalanathan – Guru Boleh Guna Telefon Dalam Kelas Untuk Tujuan PdPc

Sumber: New Straits Times