Kamalanathan - Guru Boleh Guna Telefon Dalam Kelas Untuk Tujuan PdPc

Tempoh hari, Datuk P. Kalamanathan ada memberi kenyataan bahawa guru dilarang dari membawa dan menggunakan telefon pintar di dalam kelas. Menurut beliau, ia adalah prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan keatas semua guru.

Walaubagaimanapun, kenyataan itu telah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak, kerana larangan tersebut tidak selari dengan penyediaan telefon pintar YES kepada guru sebelum ini.

Hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan I itu sekali lagi tampil menjelaskan bahawa guru boleh  menggunakan telefon pintar sebagai medium pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ketika dikelas.

Beliau turut sedar bahawa pentingnya penggunaan teknologi mampu meningkatkan tahap pengajaran dan pemudahcaraan.

Sungguhpun begitu, beliau menyatakan adalah tidak wajar sekiranya guru menggunakan telefon pintar didalam kelas atas urusan peribadi kerana ia boleh membantutkan sesi PdPc bersama pelajar.

Mengulas lanjut mengenani perkara ini, Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak berpendapat, Kalamanathan seharusnya berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan supaya tidak mengguris hati guru.

Sumber: Astro Awani