Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Vision Pro_1

Gurman: Model Apple Vision Mampu Milik Mungkin Hadir Seawal 2025

Diterbitkan Jun 12, 2023 ยท Dikemas kini Jun 12, 2023 oleh Amalina Athman

Pada acara WWDC yang berlangsung minggu lalu, Apple secara rasmi telah mengumumkan Vision Pro dengan harga $3,499 (~RM16,181). Vision Pro dijangka akan tersedia di pasaran Amerika Syarikat bermula awal tahun depan.

Dalam laporan terbaharu, Mark Gurman berkata Apple merancang untuk mengeluarkan set kepala AR/VR yang lebih mampu milik, seawal hujung tahun 2025.

Nama Vision Pro menggambarkan akan terdapat versi bukan Pro, yang mungkin dipanggil sebagai “Apple Vision” atau “Apple Vision One”.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Antara Yang Diumumkan Dalam iOS 17
  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • Cip M2 Ultra Diperkenal - Sokongan Sehingga 192GB RAM, 24 Teras CPU, 76 Teras GPU

Ketika ini, Vision Pro hadir dengan komponen yang mahal seperti cip M2 dan R1, dua skrin microLED dengan resolusi 4K serta perkakasan kamera dan sensor.

Bagi mengurangkan kos, Gurman berkata Apple mungkin menggunakan pemproses, kamera, sensor serta skrin dengan kualiti yang lebih rendah untuk model bukan Pro. Apple juga boleh mengeluarkan pembesar suara spatial audio daripada set kepala itu dan sebaliknya mendorong penggunaan AirPods Pro untuk audio.

Bagaimanapun, Apple mungkin akan mengekalkan beberapa ciri seperti EyeSight dan sistem penjejakan mata dan tangan, yang merupakan teras kepada Apple Vision seperti skrin sentuh pada iPhone.

Dalam waktu yang sama, Apple juga sedang membangunkan Vision Pro generasi kedua dengan pemproses yang lebih pantas, yang menunjukkan Apple mungkin berhasrat untuk menawarkan versi Pro dan bukan Pro, seakan yang tersedia untuk barisan iPhone ketika ini.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY