Cip M2 Ultra Diperkenal - Sokongan Sehingga 192GB RAM, 24 Teras CPU, 76 Teras GPU

Bagi melengkapkan barisan cip dalam keluarga M2, Apple hari ini telah memperkenal cip M2 Ultra dengan prestasi cip paling berkuasa.

{suggest}

M2 Ultra dibina menggunakan pemproses 5nm generasi kedua serta teknologi UltraFusion untuk menyambungkan dua cip M2 Max, yang membolehkan gandaan prestasi.



M2 Ultra terdiri daripada 134 bilion transistor, iaitu 20 bilion lebih daripada M1 Ultra. Cip ini mempunyai sokongan memori sehingga 192GB RAM dengan kelajuan 800GB/s.



Selain itu, M2 Ultra menampilkan sehingga 24-teras CPU, iaitu 20% lebih pantas berbanding M1 Ultra. Menurut Apple, Mac Studio yang dikuasakan cip M2 Ultra mampu memproses video dalam DaVinci Resolve dengan 50% lebih pantas.

Untuk janaan grafik, ia menyokong sehingga 76-teras GPU. M2 Ultra dilengkapi 32-teras Neural Engine dengan prestasi 40% lebih pantas berbanding pendahulunya.

Antara lainnya, cip ini mempunyai sokongan pengekodan dan penyahkod H.264, HEVC, dan ProRes yang membolehkan M2 Ultra memainkan semula sehingga 22 penstriman video 8K ProRes.

Sementara itu, enjin paparan menyokong sehingga enam Pro Display XDR.



Dengan penggunaan cip M2 Ultra pada Mac Pro, maka sudah lengkap peralihan Mac kepada Apple Silicon. Selain Mac Pro, cip M2 Ultra turut menguasakan Mac Studio.

Sumber: Apple