Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6

“Memang Berbaloi Tunggu GTA 6” CEO Take-Two

Diterbitkan Disember 26, 2024 · Dikemas kini Disember 26, 2024 oleh Amsyar Latif

Penghujung tahun 2023 lepas, dunia gaming dikejutkan dengan pengumuman rasmi serta perkongsian treler pertama GTA 6. Menerusinya, francais popular Rockstar itu dijadual untuk dilancarkan pada 2025 depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Take-Two, Strauss Zelnick yakin yang GTA 6 akan memukau peminat dengan ciri dan inovasi yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Saya boleh katakan yang ia akan menjadi luar biasa dan berbaloi untuk ditunggu – Strauss Zelnick

Beliau menekankan bahawa kejayaan terbesar selalunya datang daripada idea yang tidak dijangka. Ia sekali gus memberi petunjuk yang GTA 6 akan memperkenalkan elemen baharu yang mungkin tidak kita sangka.

Mengenang kembali kejayaan GTA 5 di mana ia terjual lebih 200 juta unit, Zelnick mengakui bahawa mereka tidak pernah menjangkakan sambutan sehebat itu.

Selain itu, beliau turut berkongsi bagaimana GTA Online berkembang menjadi kejayaan besar walaupun menghadapi cabaran teknikal pada pelancaran awal. Pengenalan mata wang maya, yang asalnya bukan sebahagian daripada rancangan, juga telah menyumbang kepada kejayaan berterusan mod ini.

Dengan rekod inovasi dan kejayaan Rockstar, GTA 6 dijangka menjadi salah satu pelancaran permainan video terbesar dalam sejarah, menawarkan pengalaman baharu dan memukau untuk peminat di seluruh dunia.

Sebelum ini juga, Strauss Zelnick pernah mengatakan yang francais Grand Theft Auto (GTA) tidak ada pesaing.

Berkaitan

  • Treler Pertama GTA 6 Pecah ‘Guinness World Records’
  • CEO Take-Two Anggap Francais GTA Tiada Pesaing
  • Xbox Akan Rancang Strategi Pemasaran Untuk Menghadapi 'Demam' GTA 6
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY