Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Grup Chat Telegram Kini Boleh Menampung Sehingga 30,000 Orang Pengguna

Posted on Oktober 26, 2017

Telegram merupakan salah satu platform pemesejan yang agak popular di Malaysia kini tampil dengan satu kejutan, sokongan untuk grup perbualan sehingga 30,000 orang pengguna.

Sebelum ini grup chat aplikasi berkenaan telah dinaikkan kepada 10,000 ribu ahli dan nampaknya jumlah itu tidak cukup besar bagi mereka.

Kemaskini ini telah dibuat pada server Telegram dan ini bermaksud pengguna tidak perlu mengemaskini aplikasi di telefon pintar mereka kerana sokongan itu akan hadir secara automatik.

Disebabkan bilangan ahli grup yang semakin ramai, fungsi pentadbir juga turut dipertingkatkan dengan tujuan mereka dapat menjaga ketenteraman grup berkenaan dibantu oleh butler bot.

Sumber: Telegram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress