Kemaskini Telegram 4.1 Membolehkan Anda Menambah 10,000 Ahli Ke Dalam Group

Beberapa hari yang lalu, Telegram telah mengeluarkan kemaskini 4.1 untuk pengguna yang mana ia memfokuskan terhadap group message.

Group di dalam telegram kini boleh memuatkan sehingga 10,000 ahli dan pentadbir sekarang mempunyai kawalan lebih terperinci ke atas kumpulan tersebut.

Bagi platform iOS, Telegram menaik taraf fungsi perkongsian dan 3D Touch manakala pengguna Android, sokongan Android Pay bagi Bot Payment telah dilaksanakan.

Berbalik kepada pentadbir kumpulan, oleh kerana jumlah ahli yang semakin bertambah, peranan pentadbir juga dipelbagaikan, antaranya adalah;

  • mengawal tugas pentadbir lain

  • menukar informasi kumpulan

  • memadam mesej

  • mengharamkan pengguna

  • pin mesej

  • tambah pentadbir baru


Untuk memudahkan tugas pentadbir utama, kemaskini baru ini menyediakan bahagian "recent actions".

Ia menyimpan segala log tindakan dari pentadbir terhadapa kumpulan dalam tempoh 48 jam.





Sumber: Telegram