Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (45)

Elon Musk Perkenal AI Bernama ‘Grok’, Khas Untuk Pelanggan X

Diterbitkan November 6, 2023 oleh Muhd Idham

CEO X, Elon Musk, kini telah memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan syarikatnya yang terbaru iaitu Grok.

Teknologi ini diinspirasikan daripada “The Hitchhiker’s Guide to the Galaxy” dan dijangka dapat memberi respon dengan lebih baik dalam masa yang sama memiliki corak memberontak atau membantah dalam menjawab soalan-soalan yang ditanyakan kepadanya. Sebagai contoh, anda boleh lihat di siaran media Elon Musk baru-baru ini.

Example of Grok vs typical GPT, where Grok has current information, but other doesn’t pic.twitter.com/hBRXmQ8KFi

— Elon Musk (@elonmusk) November 5, 2023

Selain itu, Elon Musk juga ada menyiarkan tangkap layar pertanyaannya bersama Grok di mana dia meminta panduan untuk membuat kokain.

xAI’s Grok system is designed to have a little humor in its responses pic.twitter.com/WqXxlwI6ef

— Elon Musk (@elonmusk) November 4, 2023

Walau bagaimanapun, di akhir jawapan Grok masih menunjukkan kecaknaan kecerdasan buatan dengan undang-undang semasa walupun mempunyai personaliti yang kasar dan kurang menyenangkan bagi sesetengah pihak. Elon Musk juga ada menekankan bahawa teknologi kecerdasan buatan akan menjadi salah satu ancaman yang terbesar kepada manusia semasa di sidang kemuncak Bletchley Park AI.

Selain itu, Grok masih berada di dalam peringkat prototaip selama dua bulan dan hanya tersedia kepada beberapa kumpulan pengguna terpilih sahaja sebelum dilancarkan ke peringkat yang lebih luas.

Sehubungan dengan itu, Elon Musk menyatakan lagi bahawa Grok akan menjadi ciri X yang terbaru di dalam langganan Premium+ sahaja dengan tambahan harga sebanyak USD16 (~RM74.90) sebulan.

Berkaitan

  • Ini Perbezaan Langganan Basic, Premium Dan Premium+ Untuk Platform X
  • BNM Beri Amaran, Hati-Hati Dengan Aplikasi Pelancongan Palsu
  • Papan Menu Restoran Segera Digodam Papar Sokong Israel, 2 Individu Ditahan
  • Grab Respon Terhadap IG Stories Tular

Sumber: CNBC, X

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY