Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 Pro

Grafik PS5 Pro Bakal Lebih Padu Dengan Teknologi PSSR Baharu

Diterbitkan Mac 12, 2025 ยท Dikemas kini Mac 12, 2025 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, AMD melancarkan siri kad grafik Radeon RX 9070 XT dan Radeon RX 9070. Kedua-dua model ini hadir dengan teknologi peningkatan grafik FidelityFX Resolution 4 (FSR 4), yang memberikan kualiti visual lebih tajam dan lancar.

Sony nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam teknologi ini, apabila ketua arkitek konsol PS5, Mark Cerny, mengesahkan bahawa PS5 Pro bakal menerima peningkatan grafik mirip FSR 4 pada tahun 2026.

Teknologi ini akan menjadi sebahagian daripada PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR), yang sudah diperkenalkan untuk PS5 Pro.

Menurut Cerny, pembangunan sistem peningkatan grafik ini dilakukan secara selari dengan PSSR sedia ada, dan tahun 2025 akan memberi tumpuan kepada integrasi PSSR ke dalam lebih banyak permainan.

Namun, Sony masih memerlukan masa kerana proses pembangunan dan pelaksanaan teknologi ini agak mencabar dan memakan masa.

Walaupun pemain PS5 Pro perlu menunggu hingga 2026 untuk menikmati teknologi ini, kehadiran PSSR dalam lebih banyak permainan tahun ini sudah menjadi langkah awal ke arah peningkatan visual yang lebih mantap.

Berkaitan

  • PS5 Pro Rasmi - GPU Lebih Besar, Teknologi PSSR, Tersedia November Ini
  • "Jangan Letak Harapan Terlalu Tinggi, PS5 Pro Bukan Konsol Next-Gen" CEO PlayStation
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Kad Grafik AMD RX 9070 XT, 9070 Dilancar - Seni Bina RDNA 4, Teknologi FSR 4

Sumber: eurogamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY