Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grab Lancar Roboteksi Di Singapura, Teksi Tanpa Pemandu Kini Beroperasi Di Punggol

Grab Lancar Roboteksi Di Singapura, Teksi Tanpa Pemandu Kini Beroperasi Di Punggol

Diterbitkan April 3, 2026 · Dikemas kini April 3, 2026 oleh Amsyar Latif

Grab secara rasminya telah memulakan operasi awam bagi perkhidmatan kenderaan autonomi (AV) yang dikenali sebagai Ai.R (Autonomously Intelligent Ride) di Punggol, Singapura. Kerjasama dengan pakar teknologi pemanduan autonomi global, WeRide, ini menjadikan Punggol sebagai kawasan perumahan pertama di republik itu yang menerima perkhidmatan teksi tanpa pemandu.

Ujian Sejauh 30,000km Sebelum Pelancaran

Grab Lancar Roboteksi Di Singapura, Teksi Tanpa Pemandu Kini Beroperasi Di Punggol
Foto: RideAir

Sebelum dibuka kepada umum, perkhidmatan Ai.R telah melalui fasa penglibatan komuniti yang ketat sejak Januari 2026. Lebih 1,000 penduduk Punggol telah mencuba perkhidmatan ini dan memberikan maklum balas bagi menambah baik pengalaman perjalanan. Setakat ini, armada Ai.R telah mencatatkan perbatuan autonomi sejauh 30,000km dengan selamat.

Ciri Keselamatan Tahap Tinggi

Grab Lancar Roboteksi Di Singapura, Teksi Tanpa Pemandu Kini Beroperasi Di Punggol

Kenderaan WeRide yang digunakan dilengkapi dengan set penderia (sensor) 360 darjah yang mampu mengesan objek sehingga sejauh 200 meter walaupun dalam keadaan hujan. Selain itu, sistem ini telah lulus penilaian keselamatan daripada CETRAN (pusat ujian AV Singapura) dan mematuhi undang-undang jalan raya tempatan.

Sebagai langkah keselamatan tambahan pada fasa awal ini:

Screenshot 2026-04-03 at 11.04.55 AM
Foto: Grab

 

  • Operator Keselamatan: Seorang pemandu terlatih (hasil program latihan semula pemandu Grab) akan berada di dalam kenderaan untuk memantau operasi dan mengambil alih kawalan manual jika berlaku kecemasan.
  • Pusat Kawalan Jauh: Armada ini turut dipantau secara jarak jauh oleh operator di Pusat Perintah Operasi Ai.R.
  • Hotline Kecemasan: Penumpang boleh menghubungi operator keselamatan jarak jauh pada bila-bila masa melalui talian khas yang disediakan di dalam kenderaan.

Laluan Dan Tambang

Grab Lancar Roboteksi Di Singapura, Teksi Tanpa Pemandu Kini Beroperasi Di Punggol

Buat masa ini, orang awam boleh mendaftar untuk mencuba perkhidmatan ini melalui laman web rideair.ai. Terdapat dua laluan utama (Laluan 1 & 3) serta satu “Laluan Mini” berdurasi 20 minit yang menghubungkan penduduk ke kemudahan utama dan nod pengangkutan.

Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma sehingga operasi komersial bermula pada pertengahan tahun 2026. Selepas tempoh tersebut, Grab dijangka akan mula mengenakan kadar tambang diskaun sebelum beralih kepada harga standard.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Grab Uji 'Women-Only Rides' (Beta) Di Lembah Klang
  • Grab Bakal Ambil Alih Foodpanda Taiwan Dengan Nilai AS$600 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY