Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GoPro Bakal Diambil Alih Starman Optical Dalam Perjanjian AS$285 Juta

GoPro Bakal Diambil Alih Starman Optical Dalam Perjanjian AS$285 Juta

Diterbitkan September 2, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh Amalina Athman

GoPro, syarikat yang terkenal dengan kamera aksinya, bakal diambil alih oleh Starman Optical selepas kedua-dua syarikat memeterai perjanjian muktamad untuk bergabung dalam satu transaksi bernilai AS$285 juta.

Menerusi perjanjian itu, pemegang saham GoPro akan menerima bayaran tunai keseluruhan sebanyak AS$285 juta, bersamaan AS$1.14 sesaham. Mereka juga akan mengekalkan kira-kira 10% pegangan dalam syarikat, manakala Starman akan memegang sekitar 90%.

Pada masa sama, hutang GoPro sebanyak kira-kira AS$92 juta akan dilunaskan sepenuhnya apabila transaksi selesai.

Walaupun berlaku perubahan dari segi pemilikan, GoPro akan kekal sebagai syarikat awam yang disenaraikan di Nasdaq. Syarikat itu juga akan terus menyokong produk pengguna sedia ada, termasuk platform langganan dan perkhidmatan awannya, sambil membangunkan rangkaian produk dan pasaran yang lebih luas.

Starman Optical merupakan syarikat fotonik optik persendirian yang menghasilkan transceiver optik di Amerika Syarikat untuk digunakan dalam pusat data AI. Selepas transaksi selesai, perniagaan tersebut dijangka menjadi sebahagian daripada portfolio GoPro, sekali gus memperluas capaian syarikat ke pasaran infrastruktur AI.

Syarikat gabungan itu turut bercadang memanfaatkan harta intelek, teknologi optik dan keupayaan pengimejan GoPro dalam pasaran kerajaan, pertahanan, robotik dan aeroangkasa. GoPro kini mempunyai lebih 2,500 paten AS yang dibangunkan sepanjang 24 tahun lalu.

Menurut GoPro, penggabungan ini bertujuan memaksimumkan nilai harta intelek dan potensi pertumbuhannya dalam pasaran pengguna, komersial dan pertahanan, selain mengukuhkan kedudukan kewangan serta melabur dalam pertumbuhan.

Bagaimanapun, transaksi tersebut masih belum selesai. Perjanjian itu telah diluluskan oleh lembaga pengarah kedua-dua syarikat, tetapi masih tertakluk kepada kelulusan kawal selia, syarat penutupan lazim serta kelulusan pemegang saham GoPro. Kedua-dua pihak menjangkakan transaksi itu dapat diselesaikan menjelang akhir 2026.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • GoPro Umum Kamera Aksi Taraf Sinema, MISSION 1
  • ASUS ProArt Edisi GoPro Dipacu AMD Ryzen™ AI MAX+ Berharga RM14,999.00

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY