Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GoPro Akan Kurangkan 15% Tenaga Kerja Tahun Ini

GoPro Akan Kurangkan 15% Tenaga Kerja Tahun Ini

Diterbitkan Ogos 20, 2024 oleh Amalina Athman

Pembuat kamera aksi GoPro akan mengurangkan kira-kira 15% tenaga kerja pada tahun ini sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula untuk mengurangkan perbelanjaan operasi, lapor Reuters.

Pemberhentian itu bakal menjejaskan sekitar 139 daripada 925 pekerja, dengan jangkaan akan bermula pada suku ketiga dan selesai menjelang akhir 2024.

Awal bulan ini, GoPro melaporkan hasil sebanyak $186 juta untuk suku kedua, turun 22.7% berbanding tahun lepas. Sementara perbelanjaan operasi sebanyak $103 juta, meningkat 5% berbanding tahun lalu.

Di sisi yang lain, Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) pada Mei lalu telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan GoPro bahawa terdapat pelanggaran paten untuk kamera, sistem dan aksesorinya oleh sebuah syarikat China yang mengimport produk serupa ke AS.

Berkaitan

  • GoPro Lancar HERO12 Black, Rakam Video Selama 155 Minit
  • GoPro Peroleh Syarikat Perintis Teknologi Helmet Motorsikal, Forcite
  • Kamera Aksi GoPro Digunakan Dalam Produksi Filem 'Twisters 2024'
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY