Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GopRO 12 BLACK

GoPro Lancar HERO12 Black, Rakam Video Selama 155 Minit

Diterbitkan September 8, 2023 · Dikemas kini September 8, 2023 oleh ariff bukhari

GoPro melancarkan produk terbaru mereka, HERO12 Black, kamera aksi perdana dengan sistem pengurusan kuasa yang dipertingkat, membolehkan ia merakam sehingga 155 minit.

Selain itu, ia juga menyokong rakaman video julat dinamik tinggi (HDR) dalam resolusi 5.3K dan 4K, sokongan untuk peranti audio Bluetooth termasuklah Apple AirPods dan penstabilan video HyperSmooth 6.0 yang dipertingkatkan.

GoPro Lancar HERO12 Black, Rakam Video Selama 155 Minit
Max Lens Mod 2.0 mempunyai keupayaan 2 kali lebih kaca tahan calar daripada pendahulunya bersama-sama dengan salutan kanta hidrofobik tahan lama.

Untuk menjadikan produk mereka kekal releven, GoPro turut memperkenalkan aksesori Max Lens Mod 2.0 baharu, yang membolehkan medan pandangan 177° dirakam dengan resolusi 4K pada 60 bingkai sesaat.

GoPro Lancar HERO12 Black, Rakam Video Selama 155 Minit

Max Lens Mod 2.0 boleh merakam video dan foto dalam tiga tetapan medan pandangan iaitu Max Wide, Max SuperView dan Max HyperView, sekaligus mengeksploitasi sepenuhnya keupayaan sensor HERO12 Black yang lebih besar 8:7 untuk membolehkan perspektif 36% lebih luas apabila merakam video skrin lebar dan 48% lebih tinggi apabila merakam video menegak, jika dibandingkan dengan lensa standard HER012 Black.

GoPro Lancar HERO12 Black, Rakam Video Selama 155 Minit
Antara muka pengguna HERO12 Black kini dipermudahkan serta Mod Tangkapan Menegak baharu yang menangkap nisbah aspek menegak 9:16 video 4K dengan kamera dipasang secara mendatar—sesuai untuk berkongsi terus ke saluran sosial.

HERO12 Black dan Max Lens Mod 2.0 masing-masing dijual pada harga $399.99 (~RM 1,869) dan $99.99 (~RM467) yang sudah boleh didapati untuk pra-tempahan menerusi laman GoPro.com.

Sementara kedua-dua produk ini akan boleh didapati kedai-kedai di seluruh dunia bermula 13 September 2023 ini, bersama-sama dengan HERO12 Black Creator Edition pada harga $599.99 (~RM2,803).

Untuk info lebih lanjut layari laman rasmi GoPro.com.

Berkaitan

  • 5 Sebab Korang Patut Beli DJI Mini 3
  • (Ulasan) DJI Osmo Action 3 - Kamera Dah Padu, Aplikasi Sokongan Je Lemah
  • Insta360 GO 3 Rasmi Di Malaysia Bermula RM1,799

Sumber: Siaran media GoPro

(Beli pelbagai lagi produk dan aksesori GoPro dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY