Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GoPro in Twisters

Kamera Aksi GoPro Digunakan Dalam Produksi Filem ‘Twisters 2024’

Diterbitkan Julai 29, 2024 oleh ariff bukhari

Ketika ini memang sedang hangat dengan filem terbaru Marvel, ‘Deadpool & Wolverine‘. Tapi tidak kurang juga filem aksi yang masih mendapat tempat di pawagam tempatan iaitu Twisters 2024 walaupun sudah ditayangkan sejak pertengahan Julai lalu.

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemburu puting beliung dan ahli meteorologi yang telah bersara tetapi dipujuk untuk kembali ke Oklahoma untuk bekerja dengan pasukan baharu dan teknologi baharu dalam usaha mengkaji puting beliung.

Cuma di sini bukanlah untuk memperkata lanjut tentang cerita filem tersebut, tapi lebih kepada di sebalik tabir pembikinan filem itu.

Mungkin anda tak tahu, produksi Twisters telah menggunakan kamera aksi GoPro untuk merakam sebahagian rakaman melibatkan aksi-aksi dalam filem tersebut.

Dalam beberapa adegan aksi dalam filem itu, krew kamera menggunakan sehingga 20 kamera GoPro secara serentak melibatkan kamera HERO11 Black + HERO11 Black Mini untuk merakam filem penuh aksi ini di Oklahoma.

Pengarah filem itu Lee Issac Chung menyatakan, dia bersama pasukan produksi mahu memberikan penonton peluang untuk merasai pengalaman mengejar ribut puting beliung secara lebih dekat menerusi sistem GoPro.

“Kami amat berbangga kerana telah membantu pasukan pembikinan filem Twisters menghidupkan visi mereka.” kata Rick Loughery, Naib Presiden Pemasaran & Komunikasi Global GoPro.

GoPro pada Jun 2024 lalu telah meraikan pencapaian mereka selepas berjaya melepasi jualan 50 juta unit kamera sejak pelancaran kamera HD HERO mereka pada tahun 2009 dahulu.

Berkaitan

  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah
  • Telefon Infinix Kini Tersedia Di 20 Cawangan Urban Republic by Switch

Sumber: GoPro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY