Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini 2.0 Rasmi, Model AI Lebih Pintar Dan Lebih Pantas

Google Gemini 2.0 Rasmi, Model AI Lebih Pintar Dan Lebih Pantas

Diterbitkan Disember 12, 2024 ยท Dikemas kini Disember 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Google baru sahaja melancarkan Gemini 2.0, model AI terkini yang membawa kemajuan besar dalam teknologi era agentik. Dengan kemampuan multimodaliti yang lebih maju, Gemini 2.0 bukan sahaja memahami pelbagai input seperti teks, imej, video, dan audio, tetapi juga menghasilkan output seperti imej asli, teks, serta audio pelbagai bahasa.

Model ini memperkenalkan Gemini 2.0 Flash, yang menampilkan prestasi lebih pantas dengan latensi rendah, kemampuan penjanaan audio dan imej asli, serta integrasi alat seperti Google Search dan pelaksanaan kod.

Selain itu, fungsi baharu seperti API Multimodal Live membolehkan input masa nyata untuk audio dan video, menjadikannya alat yang serba boleh untuk pembangun.

Google turut memperkenalkan beberapa projek inovatif seperti Project Astra, pembantu AI universal dengan memori dan kefahaman konteks yang lebih baik.

Project Mariner, agen AI yang mampu memahami elemen pelayar web untuk membantu menyelesaikan tugas kompleks. Selain itu Jules juga berperanan menjadi pembantu untuk pembangun dalam persekitaran GitHub.

Dalam dunia permainan, Gemini 2.0 mampu memberikan cadangan masa nyata kepada pemain berdasarkan tindakan di skrin. Teknologi ini juga sedang diteroka dalam aplikasi robotik untuk membantu dalam dunia fizikal.

Google menegaskan komitmen terhadap keselamatan dan etika melalui ujian ketat dan kawalan privasi bagi memastikan teknologi ini dibangunkan secara bertanggungjawab. Gemini 2.0 kini sedia digunakan oleh pembangun dan akan diperluaskan ke lebih banyak produk Google pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Voice Memo Kini Sokong Rakaman Berlapis Pada iPhone 16 Pro, Pro Max
  • Singapura Laksana Pelepasan Imigresen Guna Kod QR Untuk Penumpang Bas Mulai 16 Disember
  • Dewan Rakyat Lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
  • [Kemas Kini] ChatGPT Alami Gangguan, Tidak Dapat Diakses Sementara Waktu

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY