Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Diperkenal, AI Google Yang Paling Berkuasa

Aplikasi Google Gemini Kini Tersedia Untuk iPhone

Diterbitkan November 14, 2024 oleh Rushsyafizal

Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Google akan membawa aplikasi Gemini untuk semua pengguna iPhone. Kini aplikasi tersebut sudah tersedia di App Store dengan pengenalan Gemini Live dan pelbagai ciri menarik yang sebelum ini terhad kepada pengguna Android.

Sebelum ini, pengguna iOS hanya dapat mengakses Gemini melalui tab dalam aplikasi Google yang sedia ada, tetapi ia tidak menyokong Gemini Live dan agak terbatas. Dengan pelancaran aplikasi kendiri ini, pengalaman Gemini pada iPhone kini menjadi lebih lengkap dan mesra pengguna.

Aplikasi Gemini ini menyokong ciri Gemini Live, membolehkan pengguna iPhone berinteraksi dengan Gemini secara masa nyata melalui Dynamic Island di Lock Screen tanpa perlu membuka aplikasi. Dengan ciri ini, pengguna boleh mengawal perbualan dengan Gemini dari luar aplikasi, seperti menamatkan atau menghentikan interaksi dengan lebih mudah.

WhatsApp Image 2024-11-14 at 5.31.34 PM
WhatsApp Image 2024-11-14 at 5.31.35 PM

Aplikasi Gemini turut menawarkan keahlian premium menerusi pembelian dalam aplikasi. Setelah memuat turun aplikasi percuma ini, pengguna hanya perlu log masuk menggunakan akaun Google mereka untuk mengakses pelbagai fungsi, termasuk menghantar pertanyaan audio atau teks, menguruskan sambungan Gemini Extensions, dan melihat Gems yang dikumpulkan.

Walaupun aplikasi ini dioptimumkan untuk skrin iPhone, pengguna iPad yang menggunakan iPadOS 16.0 atau lebih baharu juga boleh memuat turunnya. Namun, ia mungkin tidak kelihatan ideal pada skrin lebih besar.

Bagi pengguna yang mencari alternatif kepada ChatGPT, aplikasi Gemini memberikan satu pilihan menarik yang kini boleh didapati di App Store dengan sokongan bahasa termasuk Australia, India, Jepun dan Lubnan.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Pizza Hut Perkenal PIZZAWRMR, Pemanas Piza Guna Haba PlayStation 5
  • FUJIFILM X-M5 Berserta Lensa Terbaharunya Rasmi Di Malaysia
  • Samsung Melancarkan Wallpaper 4K Generatif Yang Diperibadikan Pada TV AI
  • OPPO Find X8 Akan Ada 'Casing' Maison Kitsuné

Sumber: androidauthority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY