Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 16_

Google Uji Mod ‘Split-Screen’ Baharu, Mirip Ciri Open Canvas OnePlus

Diterbitkan Mei 15, 2025 · Dikemas kini Mei 15, 2025 oleh Amalina Athman

Peranti Android sudah sedia ada dengan ciri ‘split-screen’ untuk berbilang tugasan, tetapi terhad kepada dua jenis pembahagian sahaja, iaitu nisbah 50:50 dan 70:30.

Dalam perkembangan terkini, Google dilapor akan memperkenalkan konfigurasi mod split-screen baharu dalam kemas kini Android 16 akan datang.

Menurut laporan Android Authority, Google sedang membangunkan nisbah 90:10 untuk mod split-screen, di mana satu aplikasi akan guna 90% ruang skrin, manakala satu lagi hanya 10%.

Google Uji Mod ‘Split-Screen’ Baharu, Mirip Ciri Open Canvas OnePlus

Dengan cara ini, satu aplikasi boleh mendominasi ruang paparan, sambil memberikan ruang kecil di bahagian atas atau bawah untuk aplikasi lain.

Ciri ini nampaknya diinspirasikan daripada fungsi Open Canvas pada telefon OnePlus, yang berfungsi hampir sama dengan apa yang sedang dibangunkan oleh Google.

Walaupun tidak pasti sama ada Google bekerjasama dengan OnePlus, fungsi ini dilihat sebagai peningkatan besar untuk keupayaan berbilang tugasan di Android.

Setakat ini, ciri nisbah 90:10 masih belum tersedia untuk dicuba secara umum. Namun menurut Android Authority, ia berkemungkinan akan diperkenalkan dalam Android 16 QPR1 memandangkan pembangunannya dilihat hampir siap.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Google Tamatkan Sokongan Tampalan Keselamatan Untuk Android 12
  • Pengguna Android Kelak Mungkin Boleh Pulihkan eSIM Melalui Sandaran Data
  • Google Dedah UI Android 16 Sasar Generasi Muda

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY