Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemindahan eSIM Antara Peranti Android Kelak Akan Jadi Lebih Mudah

Pengguna Android Kelak Mungkin Boleh Pulihkan eSIM Melalui Sandaran Data

Diterbitkan April 29, 2025 · Dikemas kini April 29, 2025 oleh Amalina Athman

Kebanyakan peranti andalan Android kini menyokong eSIM, yang lebih praktikal berbanding SIM fizikal.

Namun, berbeza dengan SIM fizikal – jika menggunakan eSIM dan telefon rosak, pengguna mungkin akan terperangkap tanpa akses rangkaian, kerana tiada cara mudah untuk memindahkan eSIM dari telefon lama ke telefon baru tanpa bantuan penyedia perkhidmatan.

Berita baiknya, Google kini dilaporkan sedang merancang untuk menambah ciri sandaran dan pemulihan eSIM dalam Google One.

Menurut laporan Android Authority, versi beta Google Play Services v25.16.33 mengandungi kod yang menunjukkan bahawa pengguna Android mungkin akan dapat menyandarkan dan memulihkan eSIM melalui Google One.

android authority sim_

Ini kemungkinan merujuk kepada eSIM, kerana SIM fizikal tidak terkesan oleh pemadaman data, walaupun sesetengah penyedia perkhidmatan mungkin memerlukan pengguna untuk mengatur tetapan tertentu secara manual.

Selain itu, Google juga telah mengemas kini skrin Sandaran Peranti, dengan menyertakan kad SIM sebagai sebahagian daripada butiran sandaran data.

Pengguna Android Kelak Mungkin Boleh Pulihkan eSIM Melalui Sandaran Data

Ciri ini pastinya akan memudahkan proses beralih ke peranti baru, terutamanya apabila pengguna tidak mempunyai kedua-dua peranti lama dan baru dalam keadaan baik atau bersedia untuk pemindahan data.

Setakat ini, eSIM masih belum termasuk dalam sandaran peranti, dan tidak dapat dipastikan bila Google akan melancarkan ciri ini.

Berkaitan

  • Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • TNG eWallet Kini Tawar 'Travel eSIM', Ini Cara Beli
  • CelcomDigi PrivateSIM - Tak Perlu Lagi Risau 'Spam', 'Scam' & Promosi

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY