Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Adakan Syarat Untuk Peranti Menjalankan Android 12

Google Tamatkan Sokongan Tampalan Keselamatan Untuk Android 12

Diterbitkan April 16, 2025 · Dikemas kini April 17, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini menghentikan kemas kini keselamatan untuk Android 12, menjadikan peranti lama tidak lagi menerima tampalan keselamatan – kecuali jika dikemas kini ke versi sistem operasi yang lebih baharu.

Setiap bulan, Google mengeluarkan buletin keselamatan baharu untuk Android yang mengandungi pelbagai pembetulan keselamatan, termasuk untuk versi Android terkini serta versi sebelumnya.

Walau bagaimanapun, bermula dengan tampalan pada April 2025, Google telah menghentikan sokongan untuk Android 12 dan Android 12L.

Buletin keselamatan terkini hanya mengandungi tampalan keselamatan untuk Android 13 dan versi lebih baharu, manakala tampalan pada Mac masih merangkumi Android 12.

Google security update Mac 2025
Mac 2025
Google security update April 2025
April 2025

Google belum mengeluarkan sebarang panduan rasmi mengenai perkara itu, namun laporan Android Authority memetik “sumber” yang mengesahkan bahawa sokongan tampalan keselamatan untuk Android 12 berakhir pada 31 Mac 2025.

Sebagai rujukan, Android 12 dilancarkan pada 4 Oktober 2021, sementara Android 12L pada 7 Mac 2022. Dengan Google menghentikan sokongan, pengeluar peranti kini perlu menambah tampalan keselamatan secara manual sekiranya mereka ingin terus menyokong peranti yang menggunakan Android 12 atau 12L.

Walaupun peranti yang masih menjalankan Android 12 akan terus menerima kemas kini keselamatan untuk aplikasi Google, tetapi besar kemungkinan ia tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan bagi membetulkan isu utama OS Android.

Langkah ini jelas menunjukkan bahawa pengguna seharusnya mempertimbangkan untuk mengemas kini peranti ke versi lebih baharu.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Ribuan Telefon Android Baharu Diprapasang Perisian Hasad - Kaspersky
  • Google Naikkan Keperluan Minimum Storan, RAM Untuk Peranti Android
  • Telefon Android Kini 'Restart' Secara Automatik Jika Tidak Disentuh Selepas 3 Hari 

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY