Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube_featured wiser

Google Perkenal Iklan YouTube 30 Saat Tidak Boleh ‘Skip’ Untuk TV

Diterbitkan Mac 13, 2026 oleh Amsyar Latif

Google mengumumkan format iklan baharu untuk YouTube yang dikenali sebagai VRC Non-Skip ads, iaitu iklan sehingga 30 saat yang tidak boleh dilangkau khusus untuk tontonan di televisyen.

Format ini direka untuk pengalaman Connected TV (CTV) dan memastikan mesej pengiklan ditonton sepenuhnya oleh pengguna. Melalui teknologi AI Google, sistem akan mengoptimumkan paparan iklan antara format 6 saat, 15 saat dan 30 saat bergantung kepada peranti serta kandungan yang ditonton.

Menurut Google, pendekatan ini membantu pengiklan mencapai audien yang lebih tepat serta meningkatkan keberkesanan kempen iklan di platform tersebut. YouTube sendiri kini menjadi platform penstriman nombor satu di Amerika Syarikat selama tiga tahun berturut-turut dari segi masa tontonan di TV.

Namun bagi pengguna, peningkatan iklan ini juga dilihat sebagai sebahagian strategi untuk menggalakkan lebih ramai melanggan YouTube Premium yang menawarkan pengalaman tanpa iklan.

Dalam kalangan pengguna Premium, ramai mengakui sukar kembali menggunakan YouTube versi percuma selepas terbiasa dengan tontonan tanpa gangguan.

Tambahan pula, pelan seperti Family Plan membolehkan kos langganan bulanan dikongsi antara beberapa pengguna, menjadikannya lebih berbaloi bagi mereka yang kerap menonton YouTube setiap hari.

Berkaitan

  • YouTube Kini Sekat 'Background Play' Percuma Di Pelayar Pihak Ketiga, Tapi Masih Ada Yang Pintasnya
  • Eksekutif YouTube Nafi Reka Platform Untuk Ketagihan
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY