Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 6 Tahun, Fortnite Akhirnya Kembali Ke Google Play Store

Selepas 6 Tahun, Fortnite Akhirnya Kembali Ke Google Play Store

Diterbitkan Mac 18, 2026 · Dikemas kini Mac 18, 2026 oleh Amsyar Latif

Selepas hampir enam tahun dikeluarkan, Fortnite akhirnya akan kembali ke Google Play Store secara global bermula 19 Mac 2026. Pelancaran ini dijangka berlangsung serentak dengan musim baharu permainan tersebut, sekali gus membuka semula akses mudah kepada pengguna Android di seluruh dunia. 

Fortnite sebelum ini dibuang dari Play Store pada 2020 susulan konflik antara Epic Games dan Google berkaitan sistem pembayaran dalam aplikasi. Tindakan Epic memperkenalkan sistem bayaran sendiri telah melanggar polisi Google, sekali gus mencetuskan pertikaian undang-undang berpanjangan. 

https://x.com/Fortnite/status/2033903844388647187?s=20

Kini, selepas beberapa perkembangan termasuk keputusan mahkamah dan perjanjian baharu, Fortnite akan kembali tersedia secara rasmi di Play Store. Ini bermakna pengguna tidak lagi perlu memuat turun permainan melalui kaedah sideload atau aplikasi pihak ketiga. 

Kehadiran semula ini juga mencerminkan perubahan lebih besar dalam ekosistem Android, termasuk kelonggaran terhadap yuran dan pengedaran aplikasi. Langkah ini dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada pembangun serta meningkatkan persaingan dalam pasaran aplikasi mudah alih. 

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Ambil Alih MotionVFX, Syarikat Di Sebalik 'Plugin' Popular Untuk Final Cut Pro
  • NVIDIA Umum DLSS 5, Bawa Grafik Permainan Lebih Realistik Dengan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY