Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 9 Pro repair program_1

Google Tawar Pembaikan Percuma Untuk Skrin Pixel 9 Pro, 9 Pro XL

Diterbitkan Disember 9, 2025 ยท Dikemas kini Disember 9, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini mengumumkan Program Pembaikan Lanjutan untuk Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL selepas mengesahkan bahawa sejumlah unit yang terhad mungkin mengalami masalah berkaitan skrin.

Menurut Google, jika skrin Pixel 9 Pro atau Pixel 9 Pro XL memaparkan garis menegak (vertical line) dari bahagian bawah hingga ke atas, atau berkelip (flicker), pengguna mungkin layak mendapatkan pembaikan percuma di bawah program ini.

Program ini menawarkan penggantian paparan tanpa caj untuk peranti yang layak sehingga tiga tahun dari tarikh pembelian asal. Tawaran ini hanya terpakai selepas pusat servis memeriksa dan mengesahkan masalah pada Pixel 9 Pro dan 9 Pro XL.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa tidak semua Pixel 9 Pro atau Pro XL layak. Google menjelaskan telefon dengan paparan atau kaca penutup yang retak, serta tanda-tanda kemasukan cecair boleh menjejaskan kelayakan peranti. Sekiranya peranti tidak layak, bayaran mungkin dikenakan untuk pembaikan.

Pembaikan tersedia mulai 8 Disember 2025, dan semakan pusat servis rakan kongsi boleh dilakukan melalui pautan ini. Sebarang pembaikan di bawah program pembaikan lanjutan ini dijamin selama 90 hari tertakluk pada undang-undang pengguna tempatan.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Quick Share Kini Berfungsi Dengan AirDrop - Mudahkan Perkongsian Fail Android, iPhone
  • Circle to Search, Google Lens Kini Boleh Kenal Pasti Mesej 'Scam'
  • Apple Dan Google Keluarkan Amaran Ancaman Siber Di 150 Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY