Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Circle to Search_scam detection

Circle to Search, Google Lens Kini Boleh Kenal Pasti Mesej ‘Scam’

Diterbitkan Disember 4, 2025 · Dikemas kini Disember 4, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini menambah ciri baharu pada Circle to search dan Google Lens yang membolehkan pengguna mengenal pasti mesej scam atau penipuan.

Melalui Circle to Search, pengguna hanya perlu tekan lama butang home atau bar navigasi pada peranti Android, kemudian bulatkan mesej yang mencurigakan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/12/04141841/120_ScamDetection_ThinLine_1x1_tuozjoC-1.mp4

Ciri ini juga boleh digunakan melalui Lens dalam aplikasi Google di Android dan iOS. Caranya, tangkap layar (screenshot) mesej berkenaan, buka Lens dalam aplikasi Google dan pilih tangkap layar tersebut.

To help you spot scams in texts, messaging apps and more, we’ve now added new capabilities to Circle to Search and Lens that will help you understand if a message is fraudulent.

To use this with Circle to Search: Long press the home button or navigation bar of your Android… pic.twitter.com/lWrEn4PL0c

— Google (@Google) December 2, 2025

Setelah itu, sistem akan menggunakan AI dan maklumat daripada laman web untuk menilai sama ada mesej tersebut berkemungkinan satu penipuan. Hasilnya akan dibuka secara automatik dalam paparan AI Overview, yang memberikan penjelasan mengapa mesej atau kandungan itu mencurigakan serta cadangan langkah seterusnya.

Ciri ini tersedia secara global di Circle to Search dan Lens, serta hanya dipaparkan apabila kualiti jawapan yang diberikan memenuhi standard sistem Google.

Berkaitan

  • Cara Guna 'Circle to Search' Pada Peranti iOS
  • Google Tambah Ciri 'Gaming' Dalam Circle to Search – Dapat Tip, Video & Strategi Dengan Mudah
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY