Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IOI city mall putrajaya

Anda Boleh Tunaikan Solat Jumaat Dalam IOI City Mall Putrajaya Bermula September Ini

Diterbitkan Ogos 23, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 23, 2024 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada pengunjung pusat beli belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall Putrajaya, khususnya umat Islam kerana anda akan boleh mendirikan solat Jumaat di dalam pusat beli belah itu pada setiap hari Jumaat bermula September ini.

Perkara itu diumumkan pihak pengurusan tersebut hari ini melalui akaun rasmi Instagram mereka.

Sebelum ini ruang surau yang baharu di dalam premis itu telah ditutup sementara bagi tujuan pengubahsuaian.

Daripada poster yang dikongsikan itu juga memaparkan logo Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Jadi bermakna, surau di dalam premis tersebut telah memperoleh kelulusan yang sah bagi membolehkan solat Jumaat didirikan di situ.

Surau untuk mendirikan solat Jumaat di dalam IOI City Mall Putrajaya terletak di arah timur, LG, berdekatan dengan ‘East Court’, di belakang Poh Kong.

surau jumaat ioi city mall
Untuk jemaah perempuan, anda boleh menggunakan Surau di West Wing, Basement P3 (berhampiran Terminal Bas) atau Level 2 (berhampiran Klinik Dr. Ko) semasa solat jumaat berlangsung.
Anda Boleh Tunaikan Solat Jumaat Dalam IOI City Mall Putrajaya Bermula September Ini

IOI City Mall Putrajaya merupakan pusat beli belah terbesar di Malaysia dengan keluasan meliputi 2.5 juta kaki persegi.

Selain pelbagai pilihan restoran dan stor gadget dari pelbagai jenama terkenal serta pelbagai barangan lain, ia juga terdapat pusat haiwan IOI City Farm yang berkeluasan 18,000 kaki persegi yang menjadi tarikan aktiviti mesra keluarga untuk belajar tentang tumbuhan dan haiwan.

Malah pusat beli-belah ini juga merupakan rumah kepada gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik,”Icescape“.

Maka, dengan adanya kemudahan surau diri Jumaat di dalam premis ini, pengunjung beragama Islam dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan lebih mudah.

Berkaitan

  • Intel Dan IOI Bekerjasama Mengoptimum Prestasi Permainan Komputer Hitman 3
  • GSC IOI City Mall Dibuka, IMAX Pertama Di Malaysia Dengan Teknologi Laser
  • PRISM+ Buka Kedai Terbesar Mereka Di IOI City Mall, Turut Jual Produk Logitech G
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: IOI City Mall

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY