Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-25T104911.571

Pelanggan Google Premium Dah Boleh Guna AI Gemini Di Workspace

Diterbitkan Jun 25, 2024 · Dikemas kini Jun 25, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Google telah membuat pengumuman di mana ciri kecerdasan buatan  (AI) mereka iaitu Gemini 1.5 Pro telah dimuatkan ke dalam perkhidmatan Google Workspace dan tidak terkecuali juga untuk platform Gmail yang baru sahaja dilancarkan.

“Walaupun Gemini dalam Gmail membantu anda melihat, memahami dan membalas kandungan e-mel, ia juga bersambung ke aplikasi Workspace lain seperti Docs, Sheets, Slides dan Drive.” Google.

Pelanggan Google Premium Dah Boleh Guna AI Gemini Di Workspace

Seperti yang terpapar dalam gambar di atas, Gemini di Gmail ini mampu untuk memberi manfaat kepada penggunanya dalam aspek meringkaskan kandungan e-mel, membuat draf e-mel mahupun memberi notifikasi terhadap e-mel dengan kandungan yang penting.

Kemudahan yang lebih kurang sama juga diterapkan untuk setiap platform Google Workspace yang lain terutama sekali kebolehan dalam meringkaskan isi kandungan penting dalam sesuatu fail tersebut.

Cara mengaksesnya adalah melalui ikon Gemini di sebelah gambar ikon profil pengguna.

Pelanggan Google Premium Dah Boleh Guna AI Gemini Di Workspace
Google Docs
Pelanggan Google Premium Dah Boleh Guna AI Gemini Di Workspace
Google Slides
sheets (1)
Google Sheets
Pelanggan Google Premium Dah Boleh Guna AI Gemini Di Workspace
Google Drive

Untuk pengetahuan anda, ciri Gemini di Google Workspace ini hanya tersedia untuk pengguna Google yang melanggan Gemini Advanced sahaja.

Walaupun harga yang dikenakan adalah RM97.99 sebulan, anda boleh mencuba keberkesanan ciri ini selama 2 bulan secara percuma.

Tambahan, pelan ini dilengkapi dengan pelan Google One AI Premium yang memberi kapasiti storan awan sebanyak 2TB.

Screenshot 2024-06-25 101843

Jadi, Gemini Google Workspace di Gmail ini juga hadir untuk kegunaan di telefon pintar yang mana boleh diakses melalui ikon Gemini bersebelahan dengan bar carian Gmail.

Pelanggan Google Premium Dah Boleh Guna AI Gemini Di Workspace
Pada peranti mudah alih, anda boleh mengakses Gemini dengan mengetik pada cip “ringkaskan e-mel ini” dalam urutan e-mel.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Prestasi Kamera Galaxy S24 Ultra Dijangka Dipertingkat Menerusi Kemas Kini One UI 6.1.1
  • Siri nubia Focus 5G dengan Sistem Kamera AI 108MP Dilancar, Hanya Dari RM799
  • Aplikasi Profesional Blackmagic Tiba Di Android, Tapi Hanya Pada Peranti Terpilih
  • EU Mahu Apple Jadikan iOS Lebih Seperti Android

Sumber: Google Workspace

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY