Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sea x Google Partnership visual website (1)

Google, Sea Kerjasama Bangunkan Inovasi AI Untuk Shopee, Garena

Diterbitkan Februari 20, 2026 · Dikemas kini Februari 20, 2026 oleh Amalina Athman

Google dan syarikat induk Shopee, Sea Ltd, mengumumkan kerjasama untuk membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) bagi produk e-dagang dan permainan di platform itu.

Melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani, kedua-dua syarikat bersetuju untuk mengaplikasikan AI secara berskala dengan nilai praktikal bagi meningkatkan pengalaman digital harian pengguna.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada tiga perniagaan utama Sea iaitu hiburan digital, e-dagang dan perkhidmatan kewangan digital.

Dalam bidang hiburan, Garena akan memanfaatkan penyelesaian AI Google untuk mempertingkat pengalaman pemain serta meningkatkan produktiviti pembangunan dan operasi permainan. Selain itu, Garena berpeluang menyertai akses awal bagi projek penyelidikan AI terkini Google.

Dalam e-dagang, Shopee dan Google akan membangunkan prototaip ejen AI untuk beli-belah yang boleh diintegrasikan merentasi platform Shopee dan Google bagi memudahkan penemuan produk, penglibatan pengguna dan transaksi dalam talian.

Bagi perkhidmatan kewangan, Monee dan Google akan bekerjasama dalam Protokol Pembayaran Berasaskan Agen (AP2) bagi memastikan sistem ini kukuh, selamat dan sesuai dengan landskap perkhidmatan kewangan digital yang pelbagai di Asia Tenggara.

Kerjasama ini dijangka mempercepat penggunaan teknologi AI di rantau ini, membuka peluang ekonomi baharu, dan membawa pengalaman digital yang lebih lancar serta bernilai kepada pengguna.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Gemini Perkenal ‘Personal Intelligence’ - Akses Data Gmail, Search, Google Photos Untuk Jawapan Lebih Peribadi
  • ShopeePay Perkenal Money+, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenainya
  • Gemini 3.1 Pro Dilancarkan - Model Lebih Pintar Untuk Tugasan Kompleks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY