Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini 3.1 Pro Dilancarkan – Model Lebih Pintar Untuk Tugasan Kompleks

Gemini 3.1 Pro Dilancarkan – Model Lebih Pintar Untuk Tugasan Kompleks

Diterbitkan Februari 20, 2026 · Dikemas kini Februari 20, 2026 oleh Amalina Athman

Google hari ini melancarkan Gemini 3.1 Pro, model baharu dengan teras kecerdasan yang dipertingkat.

Dibina berasaskan siri Gemini 3, Google menyifatkan Gemini 3.1 Pro sebagai satu langkah ke hadapan dari segi keupayaan penaakulan (reasoning) teras. Model ini berfungsi sebagai asas yang lebih pintar dan berkeupayaan tinggi untuk penyelesaian masalah yang lebih kompleks.

Peningkatan ini turut dapat dilihat melalui prestasinya dalam penanda aras ARC-AGI-2, yang menguji keupayaan model menyelesaikan corak logik yang belum pernah ditemui sebelum ini. Dalam ujian tersebut, Gemini 3.1 Pro mencatat skor disahkan sebanyak 77.1%, iaitu lebih dua kali ganda daripada prestasi penaakulan Gemini 3 Pro.

Gemini 3.1 Pro Dilancarkan – Model Lebih Pintar Untuk Tugasan Kompleks

Menurut Google, Gemini 3.1 Pro direka untuk tugasan yang memerlukan lebih daripada sekadar jawapan ringkas, dengan memanfaatkan penaakulan lanjutan bagi membantu menyelesaikan tugasan yang lebih kompleks.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/02/20093952/SVGs_keyword_v3.mp4

Keupayaan ini boleh digunakan dalam pelbagai situasi praktikal, termasuk mendapatkan penjelasan visual yang lebih jelas bagi topik sukar, menggabungkan data ke dalam satu paparan menyeluruh, serta membantu merealisasikan projek kreatif.

With this new release, Gemini applies advanced reasoning to make sense of complex, changing information in real-time.

3.1 Pro can utilize advanced reasoning to bridge the gap between complex APIs and user-friendly design. For example, Gemini built a live aerospace dashboard,… pic.twitter.com/qQZ0BIXAIL

— Google Gemini (@GeminiApp) February 19, 2026

Ketersediaan

Versi 3.1 Pro kini diperkenalkan dalam fasa pratonton bagi membolehkan Google menilai penggunaan sebenar dan menambah baik keupayaan seperti aliran kerja automasi yang lebih kompleks sebelum ia dilancarkan secara meluas.

Bermula hari ini, Gemini 3.1 Pro dilancarkan secara global untuk aplikasi Gemini, dengan had yang lebih tinggi untuk pengguna dengan pelan Google AI Pro dan Ultra. Model ini turut tersedia di NotebookLM secara eksklusif untuk pengguna pelan sama.

Selain itu, pembangun dan pelanggan perusahaan boleh mengaksesnya dalam versi pratonton melalui Gemini API di AI Studio, Antigravity, Vertex AI, Gemini Enterprise, Gemini CLI serta Android Studio.

Berkaitan

  • Google Lancar Gemini 3 - Kini Diintegrasi Dalam Search, Aplikasi Gemini
  • Google Kemas Kini Had Penggunaan Model Gemini Untuk Setiap Pelan
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Tak Perlu Tulis Lirik, Gemini Kini Boleh Cipta Lagu Daripada Arahan Teks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY