Penantian kini akhirnya berakhir. Awal pagi tadi Google melancarkan telefon pintar berkelas andalan mereka, iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.
Telefon tersebut kali ini bukan sahaja berstatus “flagship” dan premium tetapi ia merupakan satu batu loncatan terhadap Google. Hal ini kerana siri Pixel 6 ini tampil dengan cip pemproses tersendiri, rekaan diberi nafas baharu, hadir dengan fungsi-fungsi menarik, harga memikat dan paling penting adalah kameranya.
Kedua-dua telefon tersebut dikuasakan cip pemproses 5nm 2x 2.8GHz teras Cortex X1, 2x 2.5GHz teras A78 dan 4x 1.8GHz teras A55 bersama cip keselamatan Titan M2 yang akan melindungi gambar, teks serta data sensitif. Sementara ia menggunakan grafik ARM Mali-G78 GPU.
Pixel 6 Pro
Model Pro ini dilengkapi skrin sebesar 6.7 inci yang dilindungi kaca Gorilla Glass Victus beresolusi 1440p berpanelkan LTPO OLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.
Bersama-samanya juga dipadankan memori sebesar 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bekalan bateri diberikan sebanyak 5000mAh dengan kelajuan mengecas berwayar 30W, tanpa wayar 23W dan pengecasan berbalik atau dipanggil battery share 12W.
Kelebihan yang ada pada Pixel 6 Pro adalah kameranya. Didatangkan 50MP sensor Samsung GN1 utama dengan OIS serta EIS yang dipadankan dua lagi lensa 12MP sudut ultra-lebar dan 48MP telefoto dengan kemampuan 4x zum optikal serta 20x zum Super Res. Manakala 12MP lensa tunggal untuk kegunaan swafoto.
Selain itu, ia juga hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin, penarafan IP68, dwi-SIM, WiFi 6E, cip UWB, Bluetooth 5.2, pembesar suara stereo, NFC, 5G Sub 6GHz serta mmWave dan menjalankan Android 12.
Terdapat empat pilihan warna ditawarkan – Stormy Black, Cloudy White dan Sorta Sunny.
Pixel 6
Bagi model standard Pixel 6, tidak banyak perbezaan berbanding model Pro. Telefon ini mempunyai skrin 6.4 inci yang dilindungi Gorilla Glass Victus beresolusi FHD+ berpanelkan OLED dan juga kadar segar semula 90Hz.
Konfigurasi memori adalah hanya 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Bersama-samanya hadir dengan bekalan kuasa 4600mAh dan pengecasan berwayar 30W, 21W tanpa wayar dan 12W berbalik.
Dari segi kamera, ia masih sama, iaitu 50MP utama, 12MP ultra-lebar dan 12MP untuk swafoto. Bermakna, model ini tiada lensa telefoto seperti yang ada pada Pixel 6 Pro.
Lain-lain turut sama seperti pengimbas cap jari di dalam skrin, penarafan IP68, WiFi 6, rangkaian 5G, dwi-SIM, pembesar suara stereo dan menjalankan Android 12 tetapi tiada cip UWB.
Pengguna boleh memilih warna Stormy Black, Kinda Coral dan juga Sorta Seafoam.
Fungsi Kamera
Pixel 6 dan Pixel 6 Pro mempunyai ciri-ciri kamera baharu bagi memudahkan pengalaman mengambil gambar. Ia adalah seperti Magic Eraser, Face Unblur, mod potret dan juga mod motion.
#MagicEraser in @GooglePhotos means you’ll have the starring role in all of your photos. Get extras out of the frame (as you can see in before/after below!)
Available only on #Pixel6 and Pixel 6 Pro.#Pixel6Launch pic.twitter.com/3ZkSwvtbf5
— Made By Google (@madebygoogle) October 19, 2021
Magic Eraser menawarkan pengguna untuk membuang subjek yang tidak diingini dalam gambar atau Google menggelarnya “photobombs”.
Face Unblur on #Pixel6 makes sure faces in your photos are seen clearly, powered by #GoogleTensor.* #Pixel6Launch pic.twitter.com/xLQqH9I3VM
— Made By Google (@madebygoogle) October 19, 2021
Sementara Face Unblur menggunakan algoritma yang akan memberikan ketajaman pada wajah sekiranya kamera hilang fokus dan mod Motion pula untuk memberikan kesan khas, seperti yang didedahkan dalam laporan sebelum ini.
Harga Jualan
Kedua-dua telefon baharu Pixel 6 ini akan menerima kemas kini sistem keselamatan sehingga 5 tahun dan harga yang ditawarkan agak menarik.
Pixel 6 diletakkan pada tanda harga bermula USD599 (~RM2488). Sementara Pixel 6 Pro pula bermula USD899 (~RM3734).
Pra-tempah sudah pun bermula hari ini dan dijangka akan dijual secara rasmi pada 28 Oktober ini. Seperti biasa, pasaran Asia Pasifik ini masih belum tersedia untuk peminat di Malaysia.