Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 6

Spesifikasi Kamera Pixel 6 Didedahkan Dan Google Akan Beri 5 Tahun Kemas Kini

Diterbitkan Oktober 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, Google mengesahkan tarikh pelancaran siri Pixel 6, iaitu pada minggu hadapan 19 Oktober. Terbaru, Evan Blass berkongsikan maklumat lanjut berkaitan peranti tersebut.

Menurutnya, Google menjanjikan kemas kini keselamatan selama lima tahun berbanding Samsung yang hanya empat tahun. Selain itu, perkara menarik lain yang dikongsikan semestinya kamera kerana telefon Pixel memang sinonim dengannya.

Pixel 6 bakal hadir dengan 50MP sensor utama, 12MP ultra-lebar dan Pixel 6 Pro akan mempunyai 48MP telefoto.

https://twitter.com/evleaks/status/1446843190892453889?s=20

Tambahan lagi, kamera siri Pixel 6 turut menerima penambahan ciri “Magic Eraser”. Ciri ini mungkin ada yang pernah menggunakan aplikasi seperti TouchRetouch di mana anda boleh membuang subjek yang tidak diingini.

photo_2021-10-11 10.50.08
Magic Eraser

Cumanya, Google tidak memberitahu secara terperinci bagaimana ia berfungsi dan tidak semua objek atau elemen boleh dibuang.

photo_2021-10-11 10.50.10

Bukan itu sahaja, Google turut memberi penambahbaikan untuk mod potret yang mana gambar dihasilkan jauh lebih baik berbanding model terdahulu.

Apa-apa pun, buat masa sekarang sama-sama kita nantikan kemunculannya nanti.

Sumber: 9to5google

Baca juga:

  • Mungkin Ini Harga Jualan Telefon Google Pixel 6

  • Mungkin Ini Rupa Bentuk Telefon Boleh Lipat Pixel Fold

  • Android 12.1 – Peningkatan Untuk Telefon Boleh Lipat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY