Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_2

Google Play Store Mula Labelkan Aplikasi Rasmi Kerajaan

Diterbitkan Mei 3, 2024 · Dikemas kini Mei 3, 2024 oleh Amalina Athman

Google kini melancarkan lencana atau label “Government” di Play Store bagi membantu pengguna mengenal pasti aplikasi rasmi kerajaan.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Google Play Store Dapat Ciri Baharu, Boleh Memuat Turun Berbilang Aplikasi Serentak

Pada permulaan, Google menyatakan lebih 3,000 aplikasi rasmi yang dibangunkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan di 12 negara berbeza akan dipaparkan dengan label “Government” bersama ikon bangunan di halaman utama, hasil carian dan penyenaraian.

Antara negara berkenaan termasuk Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Jepun, Mexico, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

label government apps play store_1
label government apps play store_2
label government apps play store_3

Sebagai contoh, pengguna akan melihat label “Government” pada aplikasi NASA, MyGov (India), FEMA dan lain-lain.

Dengan paparan label berkenaan, ia dapat membantu pengguna mengenal pasti aplikasi yang menyamar sebagai aplikasi rasmi untuk memancing data, perisian hasad dan sebagainya.

Sementara itu, Google berkata pembangun diminta menyerahkan bukti jika mempunyai kebenaran yang mencukupi untuk memproses dokumen kerajaan bagi tujuan keselamatan. Ia juga menggalakkan pihak/agensi kerajaan menggunakan ID e-mel rasmi untuk membuat akaun pembangun di Google Play bagi menerbitkan aplikasi.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY