Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Lancar Telefon Robot Pertama Di Dunia, Harga Bermula ~RM6,200

HONOR Lancar Telefon Robot Pertama Di Dunia, Harga Bermula ~RM6,200

Diterbitkan Ogos 12, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas diperkenalkan kepada umum di MWC 2026 lalu dan dianggap sebagai “spesis” baharu telefon pintar, HONOR hari ini secara rasmi melancarakan telefon pintar robot pertama di dunia, HONOR Robot Phone.

Telefon ini menggabungkan teknologi gimbal mekanikal titanium 4-DoF terus ke dalam telefon pintar.

Inovasi ini menjadikan rakaman lebih stabil, fleksibel dan berskala profesional, sekaligus membuka peluang kepada pencipta kandungan untuk menghasilkan karya sinematik tanpa perlu membawa peralatan tambahan yang besar.

HONOR Lancar Telefon Robot Pertama Di Dunia, Harga Bermula ~RM6,200

Kerjasama eksklusif dengan ARRI, jenama kamera filem terkemuka, membawa teknologi ARRI Image Science ke dalam telefon pintar ini.

HONOR Robot Phone hadir dengan kamera gimbal 200MP dan kamera telefoto periskop 200MP, menyokong rakaman 10-bit ARRI LogC3, ARRI Wide Gamut 3 serta ARRI Looks untuk pewarnaan filem yang autentik.

Dengan sokongan AI, peranti ini mampu mengurangkan hingar, meningkatkan julat dinamik sehingga 14 stops, dan menghasilkan visual setaraf produksi filem.

honor robot phone
Telefon Robot HONOR mengintegrasikan sistem mekanikal 4-DoF ultra padat yang menampilkan Gimbal HONOR Titanium Agile. Dibangunkan melalui 60 proses pembuatan, sistem ini mengintegrasikan lebih daripada 100 komponen ketepatan dan disokong oleh lebih daripada 100 paten.

Lebih menarik, HONOR Robot Phone ini yang menjalankan MagicOS turut memperkenalkan YOYO Robot Mode yang membolehkan kawalan gerakan automatik, pengecaman isyarat pergerakan, serta penjejakan subjek secara pintar.

Penjejakan Subjek AI dan pengecaman sumber suara membolehkan kamera peranti ini menyorot dan memiring secara automatik, memastikan pengguna berada dalam bingkai semasa merakam vlog, penstriman langsung atau bergerak semasa panggilan video.

Fungsi ini menjadikan pengalaman merakam, membuat siaran langsung, atau menghasilkan kandungan kreatif lebih mudah dan bebas tangan.

Dari segi prestasi, ia dipacu oleh Snapdragon 8 Elite Gen 5, bateri 7,060mAh silikon-karbon dengan pengecasan pantas 120W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Reka bentuk logam premium digabungkan dengan paparan OLED LTPO 6.31 inci dengan kadar segara 120Hz yang mampu mencapai kecerahan puncak 6,800 nits, memastikan paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.

HONOR Lancar Telefon Robot Pertama Di Dunia, Harga Bermula ~RM6,200

HONOR Robot Phone mula dipasarkan di China dengan pra-tempahan bermula 12 Ogos 2026 dan jualan rasmi pada 18 Ogos 2026.

Ia ditawarkan pada harga RMB 9,999 (~RM6,200.00) bagi varian 12GB+512GB dan RMB 12,999 (~RM8,060.00) bagi varian 16GB+1TB.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Tablet Android HONOR Kekal Jenama No.1 Di Malaysia 2 Tahun Berturut-Turut
  • Vibe Mobile Dilancarkan Di Malaysia, Pelan Serendah RM17/bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY