Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenalkan Pesaing AirPods, Google Pixel Bud

Google Perkenalkan Pesaing AirPods, Google Pixel Bud

Diterbitkan Oktober 17, 2019 oleh ariff bukhari

Menyokong ciri arahan suara “Hey Google”.

Apabila Apple hadir dan menguasai pasaran fon telinga pintar selepas memperkenalkan AirPods pada September 2016 lalu, syarikat-syarikat teknologi dan pengeluar aksesori peranti pintar lain telah berlumba-lumba turut sama memperkenalkan versi fon telinga pintar mereka sendiri.

Antara syarikat yang telah memperkenalkan versi fon telinga pintar mereka adalah Xiaomi AirDots, Vivo TWS Earphone, Surface Earbuds dan terbaru Google Pixel Bud.

Google Perkenalkan Pesaing AirPods, Google Pixel Bud
Google Pixel Bud ditawarkan dalam 4 warna pilihan, Clearly White, Oh So Orange, Quite Mint dan Almost Black.

Google Pixel Bud dilengkapi dengan beberapa ciri menarik seperti sokongan arahan suara “Hey Google” untuk akses segera Google Assistant,  dilengkapi pengimbas yang mengesan suara apabila pengguna sedang bercakap, butang sentuh untuk kawalan, kalis dari  peluh dan air untuk aktiviti lasak, mampu menterjemah bahasa pada masa sebenar, ciri pengesan lokasi sekiranya anda terlupa kedudukan Pixel Bud dan banyak lagi.

Google Pixel Bud dijangka hanya akan ditawarkan pada tahun hadapan untuk pasaran A.S dahulu pada harga USD179.00. Untuk info lebih lanjut, layari laman muka Google Store Pixel Bud.

https://www.youtube.com/watch?v=2MmAbDJK8YY

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY