Sijil MyDigital ID merupakan pengesahan identiti digital rasmi yang dilindungi dengan ciri keselamatan tinggi. Atas faktor keselamatan, satu sijil MyDigital ID hanya boleh dipautkan (bind) pada satu peranti sahaja.
Sekiranya anda menukar telefon baru, lupa kata laluan atau perlu mendaftar semula aplikasi, anda perlu membatalkan (revoke) sijil MyDigital ID yang berada pada peranti lama terlebih dahulu. Jika tidak dibatalkan, anda tidak akan dapat log masuk di peranti baru.
Jangan risau, proses pembatalan ini boleh dilakukan secara online di dalam aplikasi dengan mudah.
Cara batalkan sijil MyDigital ID
Buka aplikasi MyDigital ID.
Pergi ke bahagian 'Menu' dan pilih 'Revoke Digital ID'.
Lakukan pengesahan identiti. Masukkan maklumat yang diminta.
Anda perlu mengimbas MyKad dan melengkapkan pengesahan imbasan wajah bagi mengesahkan pemilikan akaun. Pastikan pembatalan berjaya.
Selepas sijil pada peranti lama berjaya dibatalkan, barulah anda boleh muat turun semula aplikasi dan mendaftar sijil MyDigital ID di telefon baru anda.
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembatalan sendiri di aplikasi (contohnya isu imbasan wajah atau masalah teknikal seperti telefon hilang atau pecah), anda boleh hadir terus ke kiosk fizikal MyDigital ID yang berdekatan untuk membuat pembatalan dan pendaftaran semula dengan bantuan pegawai atau peranti kiosk.
Jika anda merancang untuk menukar telefon baru, pastikan anda lakukan proses pembatalan di telefon lama terlebih dahulu sebelum membuat set semula (reset) telefon lama.
