Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foxconn  Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari

Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari

Diterbitkan Oktober 28, 2026 · Dikemas kini Oktober 28, 2026 oleh ariff bukhari

Token merupakan unit asas yang digunakan oleh model AI untuk memahami dan memproses maklumat seperti perkataan, simbol, nombor, imej, audio/video dan tanda baca.

Token juga menjadi ukuran penting bagi kapasiti konteks, kelajuan pemprosesan dan kos penggunaan AI.

Semakin pantas token dapat diproses, semakin pantas model dapat belajar dan memberikan respons.

Ringkasnya, token ialah “bahasa” dan “mata wang” yang menggerakkan ekosistem AI moden.

Semasa latihan, model AI menganalisis berbilion hingga trilion token bagi mempelajari corak, bahasa dan hubungan antara maklumat.

Sebagai contoh, Foxconn dalam usaha melatih model AI mereka dengan pantas yang dikenali sebagai FoxBrain, mereka telah membangunkan kilang AI mereka sendiri dipacu teknologi Nvidia.

Foxconn  Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
Kilang AI Foxconn.

Menggunakan infrastruktur AI berasaskan NVIDIA DGX SuperPOD dan sistem DGX GB200 Blackwell, syarikat itu telah menghabiskan sebanyak 1 trilion token dalam tempoh hanya 12 hari bagi melatih model AI tersebut.

Dengan membangunkan model bahasa berskala besar FoxBrain di atas infrastruktur ini, Foxconn beralih daripada sekadar menganalisis data kepada pembuatan keputusan secara masa nyata yang bersifat autonomi (agentic).

Langkah ini sekali gus meningkatkan kecekapan operasi secara ketara dan mewujudkan pelan tindakan yang boleh diskala bagi perindustrian kecerdasan buatan (AI) di seluruh Asia.

Foxconn  Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
DGX SuperPOD Foxconn dengan sistem DGX GB200 yang digunakan bagi melatih model AI FoxBrain. Setiap rak yang disejukkan dengan cecair menampilkan 36 Superchip NVIDIA GB200 Grace Blackwell, terdiri daripada 36 CPU NVIDIA Grace dan 72 GPU Blackwell yang dihubungkan sebagai satu menerusi NVIDIA NVLink™.

Kemampuan teknologi NVIDIA  memproses 1 trilion token dalam masa yang singkat memberikan kelebihan besar kepada Foxconn dalam membangunkan model AI industri mereka.

Menurut NVIDIA, sistem baharu ini turut menawarkan prestasi latihan model sehingga 2.48 kali lebih pantas berbanding generasi terdahulu yang menggunakan perkakasan berasaskan H100.

Kepantasan latihan AI ini bukan sekadar memendekkan masa pembangunan model.

Ia membolehkan Foxconn mempercepat inovasi dalam sektor pembuatan pintar, robotik, automotif elektrik dan bandar pintar.

Infrastruktur AI yang digunakan juga membantu meningkatkan kecekapan operasi, termasuk mengurangkan masa penjadualan pengeluaran serta beban kerja kejuruteraan dalam beberapa proses pembuatan.

Pencapaian memproses 1 trilion token dalam 12 hari menunjukkan bahawa masa depan industri bukan lagi sekadar bergantung kepada automasi, tetapi juga kepada keupayaan melatih AI pada skala yang sangat besar dan dalam tempoh yang jauh lebih singkat berbanding sebelum ini.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Malaysia Perlukan 50,000 Jurutera Semikonduktor, Tapi Universiti Hanya Lahirkan 5,000 Sahaja Setahun - Laporan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY