Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT iCloud Mail Calendar

ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar

Diterbitkan Oktober 28, 2026 · Dikemas kini Oktober 28, 2026 oleh Amalina Athman

ChatGPT kini boleh disambungkan kepada iCloud Mail dan Calendar, membolehkan pengguna mencari e-mel, menyemak jadual serta mengemas kini acara kalendar terus melalui chatbot AI itu.

Melalui sambungan ini, pengguna boleh meminta ChatGPT mencari e-mel tertentu, menyemak peti masuk atau melihat acara yang bakal berlangsung. Pengguna juga boleh meminta ChatGPT mengemas kini acara kalendar tanpa perlu melakukannya secara manual dalam aplikasi berkenaan.

Much requested, and now yours to connect: iCloud Mail and Calendar plugins are available in ChatGPT.

Ask ChatGPT to find that email, catch up on your inbox, check what’s next, or update a calendar event. Phew.

Available on all ChatGPT plans on web, desktop, and iOS. pic.twitter.com/g68OWoFVg8

— ChatGPT (@ChatGPT) October 27, 2026

Bagaimanapun, akses iCloud Mail hanya terhad kepada akaun yang menggunakan alamat e-mel berakhir dengan @icloud.com, @me.com atau @mac.com. Untuk iCloud Calendar pula, pengguna perlu menggunakan alamat e-mel utama Apple Account, yang mungkin berbeza daripada alamat iCloud Mail.

Kedua-dua perkhidmatan juga perlu disambungkan secara berasingan. Ini bermakna, menyambungkan iCloud Mail tidak memberikan ChatGPT akses secara automatik kepada iCloud Calendar, begitu juga sebaliknya.

Proses sambungan memerlukan kata laluan khusus aplikasi Apple yang perlu dijana terlebih dahulu mengikut arahan Apple. Kata laluan ini perlu dimasukkan dalam borang sambungan ChatGPT, yang berbeza daripada kata laluan biasa Apple Account.

Selain itu, kedua-dua pemalam (plugin) turut membolehkan ChatGPT mencari maklumat kenalan, tetapi aksesnya terhad kepada membaca maklumat sahaja. Pemalam khusus untuk Contacts dan Reminders pula tidak termasuk dalam pelancaran ini.

Ketersediaan

ChatGPT iCloud Mail Calendar

Pemalam iCloud Mail dan Calendar kini tersedia untuk semua pelan ChatGPT, sama ada melalui web, aplikasi desktop atau iOS.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
©2026 WISER.MY