Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal Laptop Hibrid Gabungkan Kelebihan Android Dan ChromeOS Dipacu AI Gemini

Google Perkenal Laptop Hibrid Gabungkan Kelebihan Android Dan ChromeOS Dipacu AI Gemini

Diterbitkan Mei 13, 2026 · Dikemas kini Mei 13, 2026 oleh ariff bukhari

Google hari ini memperkenalkan Googlebook, kategori laptop baharu yang direka khusus untuk Gemini Intelligence.

Istimewanya laptop ini menggabungkan kelebihan Android dan ChromeOS, menjadikannya peranti dengan sistem hibrid yang menawarkan pengalaman pengguna lebih pintar dan lancar.

Google Perkenal Laptop Hibrid Gabungkan Kelebihan Android Dan ChromeOS Dipacu AI Gemini
Googlebook dibangunkan bersama Acer, ASUS, Dell, HP, dan Lenovo dengan bahan premium serta identiti unik melalui glowbar.

Antara ciri utama ialah Magic Pointer yang dibangunkan bersama DeepMind, membolehkan kursor memberi cadangan kontekstual seperti menjadualkan mesyuarat atau menggabungkan imej.

Selain itu, pengguna boleh membina widget tersuai untuk mengurus Gmail, Calendar, dan perjalanan dalam satu papan pemuka.

Integrasi ekosistem Android juga membolehkan peralihan mudah antara telefon dan laptop, termasuk akses pantas ke aplikasi dan fail tanpa perlu pemindahan.

Spesifikasi perkakasan Googlebook belum didedahkan seperti saiz dan cip pemprosesan yang akan tersedia.

Ia hanya akan didedahkan semasa pelancarannya yang dijangka akan dibuat secara rasmi pada musim luruh 2026 akan datang.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • ROG Perkenal Skrin Sentuh Bersaiz 12.3 Inci untuk Gamer Dan Streamer
  • Google Perkenal Gemini Intelligence Untuk Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY