Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Strix XG129C _ KV

ROG Perkenal Skrin Sentuh Bersaiz 12.3 Inci untuk Gamer Dan Streamer

Diterbitkan Mei 11, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) memperkenalkan ROG Strix XG129C, paparan sekunder yang direka khas untuk gamer dan streamer.

Skrin IPS bersaiz 12.3 inci dengan nisbah aspek 24:9 dan resolusi 1920×720 ini memberikan ruang tambahan untuk multi tugas, kawalan aplikasi, serta pemantauan sistem secara langsung.

‘s PC)
ROG Strix XG129C menyokong kadar segar sehingga 75Hz.
ROG Perkenal Skrin Sentuh Bersaiz 12.3 Inci untuk Gamer Dan Streamer
Skrin sentuh yang bertindak sebagai paparan kedua kepada monitor utama PC ini membolehkan pengguna mengakses OSD, hotkeys, dan aplikasi dengan lebih pantas.

Peranti ini ini turut disertakan dengan AIDA64 Extreme (lesen 1 tahun) serta antaramuka eksklusif ROG SensorPanel, membolehkan pengguna memantau prestasi PC secara masa nyata.

Dari segi sambungan, ia menawarkan USB-C hibrid (kuasa, video, sentuhan), USB-C kedua dengan 20W PD, dan HDMI 1.2. Reka bentuk ultra nipis 6.3mm dengan penegak boleh laras serta soket tripod menjadikannya fleksibel untuk pelbagai setup.

ROG Strix OLED XG34WCDMS & Strix XG129C
Contoh setup Strix XG129C bersama monitor lengkung terbaru Strix OLED XG34WCDMS bersaiz 34 inci.

Tidak diumumkan harga jualan atau tarikh ketersediaannya di pasaran, ROG Strix XG129C bukan sekadar paparan tambahan tetapi bagi meningkatkan produktiviti dan pengalaman gaming ke tahap lebih profesional.

Berkaitan

  • ROG XG Mobile 2025 Kini Di Malaysia, eGPU Berharga RM6,299
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • 2 Beg ROG Baharu Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM359

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY